Berita baik, Cristiano Ronaldo dijangka akan pulang awal ke United

0

Malam yang cukup bersejarah bagi Cristiano Ronaldo selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan menentang Ireland termasuk dengan jaringan kemenangan di 6 minit masa kecederaan.

Berita ini mungkin mengecewakan Cristiano Ronaldo kerana dia dilayangkan kad kuning selepas membuka baju meraikan kejayaan gol kemenangan tersebut, namun bagi United ia merupakan satu perkara positif kerana Cristiano Ronaldo berkemungkinan akan pulang ke United dengan lebih awal.

Ini bermakna Cristiano Ronaldo tidak perlu bersama-sama rakan sepasukan Portugalnya pergi ke Azerbajian untuk perlawanan kedua bagi kelayakan Piala Dunia pada minggu hadapan. Perlawanan tersebut akan berlansung pada hari Rabu pagi. Tetapi pada sebelum itu, Portugal mempunyai satu perlawanan persahabatan menentang Qatar di Doha. Selepas perlawanan persahabatan itu Cristiano Ronaldo dijangka pulang terus ke United kerana dia digantung untuk perlawanan kelayakan yang seterusnya.

Kepulangan awal Cristiano Ronaldo ke United adalah satu perkara yang baik. Jika dia dikecualikan dari perjalanan ke Qatar, kemungkinan untuk dia pulang awal ke United adalah pada hari Jumaat. Manchester United akan menentang Newcastle pada 11 September. Sama ada Cristiano Ronaldo akan ke Qatar atau tidak, di masih lagi mempunyai 1 minggu persediaan untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di England dan mendapatkan ‘chemistry’ bersama rakan sepasukannya di United.

Ini pasti akan menjadi berita baik untuk Ole Gunnar Solskjaer.

- Advertisement -