Berita baik buat United mengenai Bruno Fernandes

0

Bruno Fernandes dan Portugal telah tersingkir pada kejohanan Euro 2020 pada peringkat 16 pasukan terbaik. Portugal tewas 0-1 ke atas Belgium hasil jaringan T.Hazard.

Kejohanan Euro 2020 kali ini adalah permainan yang mengecewakan bagi pemain tengah bintang United selepas dia mempamerkan aksi memukau ketika bersama United pada musim lepas.

Bruno dilihat seperti tidak bersedia untuk Euro 2020 kali ini selepas dia berada di bangku simpanan dalam perlawanan tersebut sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dia telah dimasukan pada minit ke 55 dan berjaya mencipta 2 peluang gol. Dia tidak berada pada tahap permainannya yang sebenar.

Dia bermain dalam banyak perlawanan bersama pasukan United pada musim lepas. Dia bermain sebanyak 85 perlawanan untuk kelab dan negara dalam tempoh 13 bulan dan ia terlalu banyak bagi seorang pemain bola sepak.

Namun ada segelintir pihak yang menghentam prestasi Bruno di Euro 2020 ini, banyak perbandingan diberikan namun diharapakn Bruno kekal positif dan bangkit bersama United pada musim hadapan.

Kini Bruno boleh balik berehat bersama keluarga dan menenangkan fikiranya sebelum kempen pra-musim bermula. Dijangkakan dia akan pulang lewat ke kem latihan kerana diberikan pelepasan selepas aksi bersama Portugal di Euro 2020.

Dia seharusnya berehat 2 minggu sebelum kembali berlatih bersama United kerana dia dilihat amat memerlukan rehat yang secukupnya. United harus memastikan dia kembali cergas dan mendapatkan aura positif sebelum memulakan kempen Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Ini merupakan penampilan yang mengecewakan bagi Bruno dalam Euro 2020 namun dia sememangnya tidak meletakkan apa-apa target yang tinggi selain dari membantu pasukannya mencapai kemenangan.

- Advertisement -