Berikan Ruang Kepada Sancho – Roy Keane

0

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane mempertahankan Jadon Sancho yang tidak digunakan oleh pengurus secara maksimum. Jadon Sancho sekali lagi diletakkan dalam bangku simpanan ketika United menentang West Ham United di tempat lawan. Sancho seolah-olah telah dilupakan selepas kedatangan semula bintang United, Cristiano Ronaldo bulan lepas.

Pemain yang dibeli dengan nilai 73 juta Pound ini sukar mendapatkan tempat kerana Mason Greenwood mempunyai prestasi yang agak baik ketika ini. Roy Keane menyatakan para peminat perlu bersabar degan situasi yang terjadi terhadap Sancho. Dalam perlawanan semalam, Ole Gunnar Solskjaer telah menggunakan Paul Pogba sebagai pemain sayap kiri dan kedatangan semula Scott McTominay yang bergandingan dengan Fred di bahagian tengah.

Sancho masih belum lagi dapat memberikan bantuan gol dan menjaringkan gol pertama buat United. Roy Keane merasakan ini tidak perlu dirisaukan. Dia akan baik-baik sahaja.

“Dia baru sahaja datang 2 bulan lepas. Banyak perubahan yang telah berlaku dalam kelab ini. Berikan ruang kepada pemain muda ini. Dia masih lagi baru dalam kelab ini, seorang pemain muda yang datang dengan jangkaan yang tinggi. Dia juga datang ke kelab besar yang mana dia belum pasti lagi akan menjadi bintang. Dia perlukan masa untuk semua ini,” kata Keane lagi.

Rakan pengulasnya, Micah Richards juga menambah,” Tidak semua pemain dapat memenuhi impian yang diharapkan. Ada pemain yang boleh terus memberikan aksi terbaik, ada yang tidak. Dia tahu dia akan buat yang terbaik.”

Menurut Richards lagi, semasa berada di Borrusia Dortmund, dia dapat menjaringkan gol yang banyak dan di Manchester United, ini adalah tahap yang berbeza. Dia masih belum lagi menjadi pemain penting tetapi dengan keyakinan yang tinggi, dia akan menjadi pemain utama sedikit masa lagi. Sancho yang masuk untuk 20 minit terakhir permainan tidak mendapat banyak peluang untuk menunjukkan bakatnya lagi. Dia terpaksa bersaing dengan Greenwood dan Pogba yang lebih digemari Solskjaer ketika ini.

Mason Greenwood pula yang sebelum ini bermain sebagai penyerang utama sebelum kedatangan Ronaldo, kini dia telah ditolak ke sebelah kanan bahagian serangan. Greenwood telah menjaringkan 3 gol pada 3 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris. Ronaldo pula telah hadir dengan rekod jaringan yang luar biasa telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang dia bermain.

- Advertisement -