Menurut laporan yang beredar United mahu melanjutkan kontrak Marcus Rashford sebelum pergantian tahun bagi menangkis minat daripada kelab Perancis Paris Saint-Germain..
Rashford yang baru menyambut ulang tahun yang ke 25 kini telah menjaringkan 100 gol buat kelab Man United ketika berdepan West Ham United
Pemain antarabangsa England itu mengharungi kempen sukar 2021/22 bersama United, hanya menjaringkan lima gol dan dua bantuan daripada 32 penampilan dalam semua kejohanan.
Ramai juga peminat yang tidak senang dengan prestasinya namun dia kembali musim ini dibawah pengurus baru Ten Hag. Dia mula mengubah nasibnya dengan tujuh gol dan tiga bantuan gol dalam 15 perlawanan setakat ini
Ini menyebabkan laporan bahawa hierarki United mahukan lanjutan kontrak buat pemain kelahiran akademi ini agar mengelakkan daripada dipancing kelab lain iaitu PSG
Pemain yang telah memulihakan prestasinya ini mempunyai ruang untuk memperbaiki penyudahnya. Namun ketika ini dia muncul dengan permainan yang meyakinkan
Rashford antara pemain yang telah memasuki tahun terakhir kontrak dan ianya menunggu masa untuk pihak atasan memberikan tawaran baru yang lebih untuk mengekalkan khidmatnya
Dengan keputusan kontrak yang lebih besar selepas ini, berkemungkinan juga United mengaktifkan lanjutan setahun dan akan memikirkan masa depannya pada tahun hadapan