Berita Terkini

Beri mereka peluang untuk perlawanan terakhir United

Beri Mereka Peluang Untuk Perlawanan Terakhir United

Manchester United dijangka akan membuat rompakan dalam kesebelasan utama mereka menjelang perlawanan terakhir menentang Crystal Palace. Pasti para peminat tidak mahu lagi kekalahan memalukan seperti yang mereka saksikan baru-baru ini.

Jika United tewas dan pasukan West Ham menang, maka United akan bermain dalam Piala ‘Europa Conference League’. Ia memberikan satu tamparan hebat kepada pasukan gergasi dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Untuk perlawanan terakhir ini, pasti akan terbayang dalam fikiran Ralf Rangnick, pemain muda United yang sedia ada. Kita dapat lihat beberapa pemain muda United kelihatan sedih dengan keputusan yang lepas contohnya Alvaro Fernandez. Elanga juga pasti tidak berpuas hati dengan persembahannya pada perlawanan tersebut.

Para peminat mengharapkan peluang diberikan kepada pemain-pemain lain untuk bermain. Sudah tiba masanya pemain-pemain utama diberikan rehat awal untuk persediaan musim baru akan datang.

Untuk kedudukan penjaga gol, Dean Henderson layak bermain untuk perlawanan pertamanya pada musim ini. De Gea harus diberikan ruang untuk berehat awal.

Bahagian pertahanan kanan, Wan Bissaka boleh diturunkan untuk membolehkan pasukan lamanya mendapatkan khidmatnya semula untuk perpindahan hujung musim ini. Untuk pertahanan tengah dijangka Maguire dan Jones akan mengetuainya disebabkan Bailly tersisih akibat kecederaan. Manakala pertahanan kiri akan disi oleh pemain muda Alvaro Fernandez. Peminat pasti sudah cukup melihat peluang yang telah diberikan kepada Alex Telles.

Manakala dibahagian tengah, Fred pasti akan kembali berada dalam kesebelasan utama pasukan. Fred akan bergandingan dengan Hannibal. Kombinasi yang menarik untuk disaksikan. Manakala perancang utama pasukan United pasti akan diisi oleh Jesse Lingard yang akan bermain untuk kali terakhir untuk pasukan United.

Di bahagian serangan tiada masalah untuk CR7 terus kekal disamping mendapat bantuan daripada Marcus Rashford dan  Alejandro Garnacho.

Beri mereka peluang untuk perlawanan terakhir United 2

Konsikan pandangan anda?

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

244

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Temubual bersama Sir Jim Ratcliffe |

Bahagian 1/3

Berikut ialah rangkuman sidang media pertama Sir Jim atau nama sebenar beliau Sir James Arthur Ratcliffe susulan pengumuman rasmi pegangan minoriti INEOS dalam milikan saham Manchester United. Beliau telah disoal media tentang pelbagai topik, termasuk masa depan Mason Greenwood, rancangan stadium dan mengembalikan United ke tempat yang sepatutnya mereka berada.

1. Kesulitan dalam tempoh lebih sedekad

Sir Jim Ratcliffe: “Ia adalah satu kesengsaraan yang nyata sejak 11 tahun yang lalu dan ia benar-benar mengecewakan jika anda menjadi salah seorang penyokong kelab ini dalam tempoh masa itu. Itulah bola sepak, benar? Ada pasang surut. Saya masih ingat sebelum Alex Ferguson, keadaan tidak baik untuk beberapa waktu, sebenarnya untuk tempoh yang lebih lama, mungkin sekitar 25 tahun.

2. Apakah motivasi untuk membeli saham kelab?

Sir Jim Ratcliffe: “Anda mahu melihat kelab anda berada di tempat yang sepatutnya. Ini adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Mereka sepatutnya bermain bola sepak terbaik. Itu tidak berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.”

3. Bilakah United akan berjaya lagi?

Sir Jim Ratcliffe: “Ia bukan seperti suis lampu. Perkara-perkara ini tidak berubah dalam sekelip mata. Kita mesti berhati-hati untuk tidak tergesa-gesa, supaya kita tidak pergi ke jalan yang salah. Kami mempunyai dua masalah, pertama adalah perancangan jangka panjang, iaitu membawa Manchester United ke matlamat yang kami mahukan. Walau bagaimanapun, terdapat juga jangka pendek untuk mendapatkan keputusan maksimum daripada kelab semasa. 

Kami ingin bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan jika boleh. Cabaran utama di sini ialah dalam jangka panjang, kita perlu melakukan sesuatu dengan baik, betul dan teliti, jadi perubahan ini tidak boleh dibuat dalam sekelip mata. Ia akan mengambil masa 2-3 (musim). Anda perlu mengharapkan kesabaran daripada peminat. Saya tahu dunia hari ini adalah tentang kepuasan segera, tetapi itu tidak berlaku dengan bola sepak. Lihatlah Pep di City, ia memerlukan masa untuk membina skuad. Apa yang anda perlukan adalah asas untuk berada pada kedudukan yang baik untuk United berjaya, bermakna anda memerlukan struktur organisasi yang betul. 

Sebagai contoh, tiada jurulatih melapor terus kepada ketua eksekutif di mana-mana kelab moden. Kami perlu mengisi semua peranan utama dengan orang yang terbaik dalam kelas mereka tersendiri, mereka yang diberi penarafan 10 daripada 10. Jelas sekali, terdapat banyak minat dalam peranan ini di Manchester United, kerana ia adalah salah satu kelab terbesar dalam dunia. “

4. Bagaimana saham minoriti akan berfungsi

Sir Jim Ratcliffe: “Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Joel dan Avram, yang sebenarnya adalah 2 beradik yang kami kenal dan pernah jumpa sebelum ini. Terdapat kepercayaan yang cukup besar antara kedua-dua pihak. Mereka jelas sangat selesa dengan kami mengendalikan bahagian sukan kelab. Ini mengenai prestasi di atas padang. Saya masih pemegang saham penting walaupun dalam hal lain di kelab. Kami jelas akan berada di atas padang, manakala keluarga Glazer akan memantau dari jauh (dari Amerika Syarikat). 

Jadi, sejujurnya, saya tidak nampak sebarang masalah dalam kemampuan kami untuk mempengaruhi kelab dengan cara yang betul pada masa hadapan. Saya tidak fikir kita akan menyemak semula perjanjian undang-undang (jika terdapat perselisihan pendapat antara pemegang saham). Saya harap tidak akan ada keperluan untuk itu. Jelas sekali, kepercayaan adalah asas setiap hubungan. Selagi kita melakukan perkara yang betul maka saya pasti hubungan itu akan berjalan dengan baik. 

Salah satu perkara yang saya akan bicarakan ialah urus niaganya agak mencabar, seperti yang anda tahu. Kami menghadapi pelbagai jenis halangan, kebanyakannya berkaitan dengan dana lindung nilai dan SEC. Kemudian ada perkara berkaitan dengan Qatar dan sebagainya. Adalah jelas bahawa itu bukan jalan yang mudah untuk dilalui dalam tempoh yang agak lama.

5. Glazer pada mulanya lebih cenderung memilih Qatar?

Sir Jim Ratcliffe: The Glazers sejak awal lebih memilih pilihan Qatar, yang bagi mereka adalah pilihan yang lebih mudah kerana mereka boleh menjual semua saham mereka dan mempunyai pakej kewangan yang cukup baik. Tetapi mereka tetap bersama kami melalui keseluruhan proses. Tawaran kami kecil ia lebih rumit dan kesukaran seperti itu, jalan berbatu sepanjang tahun, telah merapatkan hubungan antara kami dan pemegang saham yang lain. Kita semua perlu mengenali satu sama lain. Anda lebih mengenali orang apabila mereka menghadapi masalah daripada apabila keadaan berjalan lancar.

#BMU02 #BMU #GGMU #GGMU

| BMU - Temubual bersama Sir Jim Ratcliffe |

Bahagian 1/3

Berikut ialah rangkuman sidang media pertama Sir Jim atau nama sebenar beliau Sir James Arthur Ratcliffe susulan pengumuman rasmi pegangan minoriti INEOS dalam milikan saham Manchester United. Beliau telah disoal media tentang pelbagai topik, termasuk masa depan Mason Greenwood, rancangan stadium dan mengembalikan United ke tempat yang sepatutnya mereka berada.

1. Kesulitan dalam tempoh lebih sedekad

Sir Jim Ratcliffe: “Ia adalah satu kesengsaraan yang nyata sejak 11 tahun yang lalu dan ia benar-benar mengecewakan jika anda menjadi salah seorang penyokong kelab ini dalam tempoh masa itu. Itulah bola sepak, benar? Ada pasang surut. Saya masih ingat sebelum Alex Ferguson, keadaan tidak baik untuk beberapa waktu, sebenarnya untuk tempoh yang lebih lama, mungkin sekitar 25 tahun."

2. Apakah motivasi untuk membeli saham kelab?

Sir Jim Ratcliffe: “Anda mahu melihat kelab anda berada di tempat yang sepatutnya. Ini adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Mereka sepatutnya bermain bola sepak terbaik. Itu tidak berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.”

3. Bilakah United akan berjaya lagi?

Sir Jim Ratcliffe: “Ia bukan seperti suis lampu. Perkara-perkara ini tidak berubah dalam sekelip mata. Kita mesti berhati-hati untuk tidak tergesa-gesa, supaya kita tidak pergi ke jalan yang salah. Kami mempunyai dua masalah, pertama adalah perancangan jangka panjang, iaitu membawa Manchester United ke matlamat yang kami mahukan. Walau bagaimanapun, terdapat juga jangka pendek untuk mendapatkan keputusan maksimum daripada kelab semasa.

Kami ingin bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan jika boleh. Cabaran utama di sini ialah dalam jangka panjang, kita perlu melakukan sesuatu dengan baik, betul dan teliti, jadi perubahan ini tidak boleh dibuat dalam sekelip mata. Ia akan mengambil masa 2-3 (musim). Anda perlu mengharapkan kesabaran daripada peminat. Saya tahu dunia hari ini adalah tentang kepuasan segera, tetapi itu tidak berlaku dengan bola sepak. Lihatlah Pep di City, ia memerlukan masa untuk membina skuad. Apa yang anda perlukan adalah asas untuk berada pada kedudukan yang baik untuk United berjaya, bermakna anda memerlukan struktur organisasi yang betul.

Sebagai contoh, tiada jurulatih melapor terus kepada ketua eksekutif di mana-mana kelab moden. Kami perlu mengisi semua peranan utama dengan orang yang terbaik dalam kelas mereka tersendiri, mereka yang diberi penarafan 10 daripada 10. Jelas sekali, terdapat banyak minat dalam peranan ini di Manchester United, kerana ia adalah salah satu kelab terbesar dalam dunia. “

4. Bagaimana saham minoriti akan berfungsi

Sir Jim Ratcliffe: “Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Joel dan Avram, yang sebenarnya adalah 2 beradik yang kami kenal dan pernah jumpa sebelum ini. Terdapat kepercayaan yang cukup besar antara kedua-dua pihak. Mereka jelas sangat selesa dengan kami mengendalikan bahagian sukan kelab. Ini mengenai prestasi di atas padang. Saya masih pemegang saham penting walaupun dalam hal lain di kelab. Kami jelas akan berada di atas padang, manakala keluarga Glazer akan memantau dari jauh (dari Amerika Syarikat).

Jadi, sejujurnya, saya tidak nampak sebarang masalah dalam kemampuan kami untuk mempengaruhi kelab dengan cara yang betul pada masa hadapan. Saya tidak fikir kita akan menyemak semula perjanjian undang-undang (jika terdapat perselisihan pendapat antara pemegang saham). Saya harap tidak akan ada keperluan untuk itu. Jelas sekali, kepercayaan adalah asas setiap hubungan. Selagi kita melakukan perkara yang betul maka saya pasti hubungan itu akan berjalan dengan baik.

Salah satu perkara yang saya akan bicarakan ialah urus niaganya agak mencabar, seperti yang anda tahu. Kami menghadapi pelbagai jenis halangan, kebanyakannya berkaitan dengan dana lindung nilai dan SEC. Kemudian ada perkara berkaitan dengan Qatar dan sebagainya. Adalah jelas bahawa itu bukan jalan yang mudah untuk dilalui dalam tempoh yang agak lama."

5. Glazer pada mulanya lebih cenderung memilih Qatar?

Sir Jim Ratcliffe: "The Glazers sejak awal lebih memilih pilihan Qatar, yang bagi mereka adalah pilihan yang lebih mudah kerana mereka boleh menjual semua saham mereka dan mempunyai pakej kewangan yang cukup baik. Tetapi mereka tetap bersama kami melalui keseluruhan proses. Tawaran kami kecil ia lebih rumit dan kesukaran seperti itu, jalan berbatu sepanjang tahun, telah merapatkan hubungan antara kami dan pemegang saham yang lain. Kita semua perlu mengenali satu sama lain. Anda lebih mengenali orang apabila mereka menghadapi masalah daripada apabila keadaan berjalan lancar."

#BMU02 #BMU #GGMU #GGMU
... See MoreSee Less

1 hour ago

5 CommentsComment on Facebook

Tenhek anak emas SJR! IneosOut!!

Kurang jelas point 3 : tiada jurulatih melapor terus. Maknanya macamana

Sheikh Jassim mana ?

Sudah la , kalau nak saing city perlukan owner macam qatar tu . Injection money kaw kaw . City dah jauh 100 200 langkah depan dah tapi mu tak habis habis dengan ulang slogan manchester is red .

Sambang kari boleh lah kau bukti kan dulu yg kau boleh buat.yg aku tahu kau tu cuma jadi Kambing hitam je oleh si barua kepala botak tu.

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Erik Ten Hag dijangka akan memberikan maklumat terkini tentang Tyrell Malacia dalam sidang akhbar hari Jumaat, selepas minggu lalu mendakwa bek kiri Belanda itu dikatakan semakin pulih selepas melalui beberapa siri kecederaan berulang.

United tidak dapat memanggil semula Alvaro Fernandez daripada pinjaman beliau di Benfica. Pemain telah dihadkan hanya bermain perlawanan rasmi untuk dua kelab (di mana Fernandez telah beraksi untuk Granada dan Benfica) dalam satu musim. Tambahan pula perpindahan pinjaman berkenaan telah di selitkan dengan klausa pembelian tetap pada harga €6 juta, yang akan menjadi pembelian wajib jika beliau memulakan 50% daripada baki perlawanan Benfica semasa tempoh pinjaman.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

2 hours ago

22 CommentsComment on Facebook

harry amass kan ada 😂

Pemain muda xbagi peluang duk bagi senior xbole pakai..

Atok dulu menang ngn Wenger main pakai pertahanan je semua..pandai2 botak lah nk urus cmne. Nk letak anton main LB pun apa masalahnya. Kreativiti masing2..takkan hal camni pun dh pening. Jauh lagi perjalanan nk bimbing kelab besar ni.

Brandon Williams masih player kita. Bagilah peluang kedua pada dia.. dah terdesak nie..

Kiri bg la dalot/amrabat...boleh buat larian intercep....kanan boleh try lindelof....sekurang2nya lindelof.mmg kaki kanan dan leh buat long ball pass....

Salah siapa

Yang boleh backup pegi loan kan , yang loan pegi terminate kan . Harapkan la lagi shaw dengan malacia je kat lb tu .

Kalau bw pulak macam mana. Takleh panggil balik jugak sekarang?

Elok.ada Bek Tothenam p bg balik hahaha regulion tu dah ok dah..

Mantap menyu punya investment

Mistake terlalu awal lepaskan Reguilon..sepatutnya kekal kn Reguilon sampai habis season..terlalu confident dgn kesembuhan Shaw 100%..perlu ada back up kpd Shaw terlebih dahulu kecuali Malacia sudah cergas sepenuhnya barulah boleh release Reguilon.

Nampaknya ten hag dah kelam kabut pertahanan tidak kukuh.. habislah..ada pemain cergas di jual dan di loan habis..haiyaa

Aduhh kacaww..bw kasi pnggil first E..dah hujung2 nie

Kalo susah sangat ambik aku je la

Antony tu calon terbaik utk posisi LB dalam keadaan sekarang,mohon laa pak tenhek gunakan dia posisi tu. Rekod trackback dia bagus,boleh buat defnsif tackle dan kelajuan dia susah winger lawan nak tinggalkan mcm selalu jd kat lindelof di LB.

Amrabat blh cover harap malecia fit la..lame ghaib xd berita mamat ni

sayang lps reguilon awl sgt . if malacia tk dpt main. pilihan tarakhir . dalot kiri bissaka kanan. tak sanggup aku lindelof main lb🤣

Bdk2 u15,u18,u21,u23 mu bkn tadak kot yg bole main LB kot..bagi la bdk2 tu peluang kalu team lain bole ja depa guna player akademik bila berlaku kerisis kecederaan siap player akademik depa bole jd star lgi..Eth maw berani mcm dia up garnacho n mainoo..

Shaw tak cergas. AWB cedera lagi. Malacia dah mati katanya. Reguilon dah dilepaskan. Fernandez dipinjamkan. Tinggallah abang Dalot sorang bek sisi yang cergas sepanjang musim ni. Harry Amass pula baru 16 tahun, awal sangat nak bagi main. Keputusan2 kelab yang dilihat canggung memberikan impak besar terhadap ketersediaan pemain2 skuad utama. Matilahnak.

Loan lagi player ape ke apr

yang pergi terminate loan reguilon tu kenapa bangang , confident sangat luke shaw dengan malacia tu baik dari injury , mason mount tu apa citer ? 🤣

Bro just dissapeared in thin air..mengalahkan maternity leave. Speedy recovery Malacia. Skrg regret lah. Masa nak loan & jual tak pikir panjang yg utd ni ramai collection kaca.

Load More