Berita Terkini

Berdepan Barcelona, demi peminat, United akan berikan yang terbaik – David De Gea..

F9f1330a 88ab 4be6 9335 5be2fe7c0865

Undian play-off untuk Liga Europa sudah pun berlangsung Isnin lalu dan terdapat perlawanan epik antara dua kelab. Kelab gergasi England Man United diundi akan berdepan gergasi Sepanyol Barcelona..

Diantara banyak undian, pertembungan antara kedua kelab ini adalah genting dan paling menarik untuk disaksikan.

Diatas kertas pertemuan ini menjanjikan perlawanan yang menarik antara dua pasukan terkemuka dunia yang pernah beraksi ek di eropah beberapa kali. Perlawanan ini turut mendapat perhatian penjaga gol United David De Gea..

Walaupun ketika ini pertembungan kedua kelab bukanlah dalam kejohanan besar iaitu UCL namun kehangatan nya terasa ia adalah perlawanan besar dalam kalender bola sepak dunia..

Pada ketika ini dikatakan kedua kelab ini mempunyai tahap yang sama dan mana-mana kelab mampu untuk layak ke pusingan 16

Bagi De Gea ia adalah perlawanan penting

“Kami tahu Barcelona adalah pasukan yang hebat.. pada pendapat saya mereka bermain dengan baik”

“Jika anda mahu memenangi Liga Europa anda perlu bersedia untuk bermain menentang pasukan terbaik.. Barcelona salah satunya. Perlawanan ini adalah untuk peminat dan kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk memenangi kedua-dua perlawanan”

“Masih banyak masa sebelum kami bermain dalam liga Europa jadi kami perlu fokus pada perlawanan sebelum itu”

“Sudah tentu bermain menentang pasukan terbaik sentiasa menjadi cabaran.. Jadi kami perlu membuat persediaan sebaik mungkin untuk berdepan Barcelona dan berdepan mana-mana pasukan”

Lain-Lain Artikel