Berbatov percaya prestasi cemerlang Mctominay musim ini akan membuat Vdb terus dipinggirkan

0

Bekas penyerang Manchester United Dimitar Berbatov meramalkan bahawa Donny van de beek akan mengalami kesukaran untuk mendapat tempat di United.

Dimitar Berbatov mendedahkan bahawa persembahan Scott McTominay yang mengagumkan pada musim ini akan membuatkan nama pemain dari Belanda itu akan terus dipinggirkan.

“Persembahan cemerlang McTominay buat masa ini bukanlah satu berita baik buat Donny van de Beek kerana ketika ini saya tidak dapat melihat situasi berubah dalam waktu terdekat.”

“Dia akan mendapat satu atau dua perlawanan dalam situasi yang berbeza, dan saya yakin dia tidak gembira dengan keadaan itu.

“Saya meramalkan bahawa dia akan bercakap dengan kelab pada akhir musim kerana saya berfikir dia tidak mahu memulakan musim depan dengan situasi yang sama.

“Ini memalukan dan kadang-kadang bola sepak seperti itu, saya mahu melihatnya bermain, tetapi sekarang saya tidak dapat melihat perkara itu berlaku.

“Mungkin percakapan saya salah tetapi dia perlu mempunyai lebih banyak minit permainan untuk bermain tetapi ini menunjukkan bahawa anda tidak perlu selalu membeli pemain.

“Buat masa ini dia hanya harus berlatih dengan keras, tetap bermotivasi, tetap positif, yang tidak selalu mudah, dia tidak seharusnya terjebak dalam pemikiran negatif bahawa dia gagal di United, kerana itu akan membuatnya sangat sukar untuknya.”

- Advertisement -