Berbatov gesa Martial buktikan diri untuk bersaing dengan CR7 dan Cavani

0

 

F19D7B62-1123-468F-9AF6-FAA9E7B3349639457C14-8174-4E3B-831B-DAE820C1C38DPenyerang Manchester United Anthony Martial dijangka akan menghadapi cabaran baru tahun ini di Manchester United.Pertama, kepulangan Cristiano Ronaldo dan kedua, Edinson Cavani melanjutkan kariernya selama satu tahun lagi di Old Trafford.

Dan disebabkan itu bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov telah menyarankan agar Anthony Martial perlu bekerja lebih keras jika ingin memiliki masa depan di Old Trafford.

Martial hanya berjaya menjaringkan tujuh gol pada musim 2020/2021.Kini, dia adalah penyerang pilihan ketiga Manchester United di belakang Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani.

“Ini satu-satunya penyesalan saya untuk situasi ini (Cristiano Ronaldo).Mungkin Anthony agak ketinggalan dan mungkin dia akan menjadi mangsa semua ini,” kata Berbatov kepada Manchester Evening News, Khamis (9/9/2021).

“Tetapi kita semua belum tahu.Kami dapat membuat spekulasi selama mungkin, tapi mungkin dia akan mengejutkan semua orang dengan prestasi yang lebih sukar di dalam padang, “kata Berbatov.

“Ronaldo berada dalam pasukan secara automatik dan semua pemain terutama pemain muda ingin meningkatkan permainan dan standard mereka untuk menunjukkkan persembahan terbaik di lapangan latihan dan juga dalam perlawanan sebenar. 

“Dalam kes Anthony, jika dia tidak mendapat waktu permainan sebanyak yang dia mahukan maka saya akan melihat dia meninggalkan kelab. ”

“Dia sama seperti saya.Saya tidak fikir banyak orang memahami bahawa dia sebenarnya pemain yang baik, dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik dan dia juga berlatih dengan baik.

“Anthony mempunyai kualiti yang hebat.Tetapi jika itu tidak berfungsi dan dia tidak bermain, dia harus pergi ke tempat lain.”

- Advertisement -