Beranikah Pemain Lain Ikuti Cara Memphis Depay ke Barcelona?

0

Bekas pemain Manchester United, Memphis Depay telah melengkap perpindahan secara percuma ke Barcelona sebagai ejen bebas.

Pemain antarabangsa Belanda ini telah membiarkan kontraknya tamat bersama Lyon untuk bebas bersama mana-mana kelab yang memberikan tawaran yang terbaik kepadanya.

Pada musim lepas di Ligue 1, dia telah menjaringkan 20 gol dan memberikan 12 bantuan gol seterusnya berjaya meyakinkan pengurusan Barcelona untuk mendapatkan beliau dengan statistik yang begitu hebat.

Sebelum ini,terdapat juga cakap-cakap yang mahukan Manchester United mendapatkan semula Depay kerana dalam kontrak sebelum ini terdapat terma & syarat ‘belian semula’. Akan tetapi, pengurusan United tidak berkenan dengan Depay kerana sikapnya ketika bermain bersama United sejak musim 2015/2016.

Topik kali ini membincangkan kesanggupan pemain bintang lain untuk mengikut jejak Depay ke Barcelona selepas kontrak bersama Lyon tamat.

Setiap musim panas, Kita akan melihat pemain baru akan datang ke Old Trafford mengikut kehendak pengurus.

Pada musim panas ini, ada 2 nama besar dalam Liga Perdana Inggeris yang sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab besar. Mereka berdua ialah Jack Grealish, bintang Aston Villa dan Harry Kane, penyerang berbisa Tottenham Hotspur.

Jack Grealish mempunyai tanda harga £80 juta yang telah ditetapkan Aston Villa sekiranya ada pasukan yang berminat dengan khidmatnya. Grealish telah mempunyai kontrak 5 tahun bersama Aston Villa dan sedia berpindah selepas kontraknya tamat.

Manakala Harry Kane mempunyai kontrak sehingga 2024 bersama Tottenham Hotspur. Sekiranya pemilik kelab, Daniel Levy enggan melepaskannya, Harry Kane terpaksa tunggu sehingga 2024 untuk berhijrah ke kelab lain.

Harry Kane dilihat tidak begitu gembira di Spurs kerana kelab itu tidak mencapai apa-apa trofi sejak dia berkhidmat. Spurs telah sekali melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah tetapi tewas di saat akhir. Harry Kane juga kempunan untuk menjulang trofi sehingga waktu ini.

Selain itu, bekas pemain United, Wilfred Zaha juga mempunyai kontrak yang panjang bersama Crystal Palace. Kelabnya meletakkan harga £50 juta kepada sesiapa yang berminat terhadapnya. Kontraknya akan tamat pada 2023.

Perpindahan Memphis Depay ke Barcelona mendapat pujian ramai dan dia sanggup tunggu sehingga kontraknya tamat. Beliau bertekad untuk tidak menyambung kontraknya dan bermain sehabis baik untuk membuka mata kelab besar memikatnya.

Kebanyakan pemain sukakan kontrak yang panjang supaya mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat tetapi lain pula kisahnya mengenai Depay walaupun dia telah cedera ACL pada Disember 2019.

Pada masa yang sama, Borrusia Dortmund telah melengah-lengahkan perpindahan Jadon Sancho ke United. Hal ini boleh menyebabkan Jadon Sancho terpaksa tunggu sehingga 2023 dan berpindah secara percuma ke United dan seterusnya merugikan Borrusia Dortmund kerana tidak mendapat apa-apa wang perpindahan.

Selain itu, Paul Pogba juga akan berada dalam situasi yang sama. Dia ada baki kontrak setahun lagi bersama United. Jika dia bertegas untuk tidak menyambung kontraknya, United perlu menjual dengan segera supaya kelab dapat menjualnya dengan hasil yang tinggi kerana Paul Pogba mempunyai nilai harga yang tinggi dalam pasaran perpindahan pada waktu ini.

Ada juga khabar angin mengatakan Pogba berminat ke Real Madrid dan sekiranya betul, United perlu menjualnya dan dapat mencari pemain tengah yang baru.

Penjaga gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnaruma antara contoh pemain yang telah habis kontrak bersama AC Milan dan telah berpindah ke Paris Saint-Germain secara percuma.

Manchester United perlu belajar dengan perkara-perkara begini supaya tidak membazirkan begitu banyak wang membawa pemain yang masih ada kontrak dengan kelab lain.

- Advertisement -