Bekas rakan sepasukan teruja dengan aksi CR7

0

CR7 telah meraikan dengan penuh bergaya penampilan pertamanya sejak pulang ke United pada perlawanan malam tadi. CR7 telah menjaringkan 2 gol ketika United menewaskan Newcastle 4-1 di Old Trafford. CR7 telah menjaringkan gol penting ketika mana United mendahului pasukan lawan.

CR7 telah muat naik mesej di Instagramnya. Dia sangat beremosi dengan kegembiraan yang tidak terkata untuk penampilan pertamanya bersama United buat kali ke-2.

CR7 juga telah menerima repson positif daripada bekas rakan sepasukannya. Salah seorang daripadanya adalah Patrice Evra yang mengakui yang CR7 merupakan seorang pemain terbaik dunia. Rakan-rakan CR7 di Real Madrid juga telah mengucapkan tahniah kepada CR7. Lucas Vazquez dan Marcelo merupakan 2 orang pemain tersebut. Manakala bekas rakan sepasukannya di Juventus, Douglas Costa juga tidak ketinggalan memuji persembahan CR7.

Begitu juga dengan Antonoi Valencia yang gembira dengan sumbangan yang dilakukan oleh CR7 telahmemberikan impak yang positif kepada peminat-peminat di Old Trafford. Kegembiraan ini membuatkan dia sangat gembira.

Respon-repson dari peminat ini memberitahu yang peminat-peminat di seluruh dunia sedang mengikuti perkembangan CR7 untuk perjalanan karier barunya di United. Dia akan mendapat perhatian yang lebih utama di media-meida pada ketika ini berbanding dengan kariernya di liga Sepanyol dan Itali. Dia telah kembali bersama United selepas 12 tahun berkelana di luar negara. Suasana di Old Trafford sangat meriah dengan nyanyian ‘Viva Ronaldo’

CR7 berjaya menghadapi tekanan dengan baik pada perlawanan malam tadi dan dia dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan United.

- Advertisement -