Bekas pemain United beri ucapan tahniah kepada Lukaku di atas perpindahan ke Chelsea

0

Romelu Lukaku telah melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan nilai 97.5 juta pound. Ia sekaligus memecahkan rekod perpindahan Pogba 89 juta pound pada sebelum ini sejak tahun 2016.

Diharapkan bebanan yang dipikul Pogba akan berkurangan sekaligus dapat membantu dia mempamerkan aksi yang lebih baik pada musim ini.

Namun rekod perpindahan Lukaku tidak kekal lama, kerana perpindahan Jack Grealish ke City telah mencecah 100 juta pound pada minggu yang sama.

Bagi perpindahan Lukau, United telah menerima bayaran 4 juta pound disebabkan sebahagian daripada perjanjian perpindahan Lukaku ke Inter Mila pada sebelum ini.

Perpindahan Lukaku ke Chelsea amat cepat dan mendapat pujian jika di bandingkan dengan perpindahan Raphael Varane yang masih lagi belum diumumkan secara rasminya oleh United. Sehingga kini, perkara itu masih dinanti-nantikan.

Perpindahan Lukaku ke United akan menjadi satu petanda di mana Chelsea akan memberikan cabaran utama dalam kejuaraan pada musim ini.

Lukaku telah muat naik gambar yang dia telah kembali di Instagram miliknya. Rakan-rakan sepasukannya telah memberikan ucapan positif sebagai tanda sokongan. Di antaranya pemain Belgium, Christian Benteke dan John Vertonghen telah memberikan ucapan selamat maju jaya begitu juga Joer Hart dan Tyrone Mings.

Pemain bintang Chelsea, Reece James dan Mason Mount juga tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat datang kepada rakan sepasukan baru mereka.

BlindLukaku

Namun tidak kelihatan seorang pun pemain United yang muncul dalam ruangan komen melainkan bekas pemain United, Daley Blind.

Kehadiran Lukaku pasti akan memberikan dia peluang untuk kembali membuktikan sesuatu kepada pengkritik selepas menhadapi musim yang tidak begitu baik bersama United. Lukaku sekarang adalah berlainan. Pada musim lepas dia telah menjaringkan banyak gol dan kepulangannya ke Liga Perdana Inggeris akan memberikan sedikit kerisau kepada pasukan dalam liga.

Dia pasti akan membuktikan sesuatu ketika menentang United kelak nanti. Dia mahu buktika kepada Ole Gunnar Solskjaer. Dia sentiasa bercakap berkara positif mengenai pasukan United selepas meninggalkan kelab tersebut.

- Advertisement -