Bekas pemain Man United Bastian Schweinsteiger menilai pemain penyerang United Martial mempunyai potensi yang sangat besar.
Bastian yang menyertai United dari Bayern Munich pada 2015 bermain untuk United selama dua tahun sehingga 2017. Walaupun jodohnya tidak lama bersama United tetapi sering mengikuti perkembangan United
Baru-baru ini Bastian memberikan komennya berkenaan situasi yang berlaku di United ketika ini. Bastian menilai bahawa Martial mempunyai potensi yang bagus. Dia memberikan debut hebat ketika menentang Liverpool dan menjaring satu gol ketika itu
“Potensi yang dia (Martial) ada sangat besar. Saya masih ingat ketika dia tiba di United, dan menjaringkan gol menentang Liverpool dengan cara yang istimewa.
Dia juga menambah bahawa pemain itu perlu diberikan sokongan dan keyakinan untuk menjadi pemain lebih baik..
“Dengan dia, anda perlu memberi dia keyakinan. Tetapi kadang-kadang anda juga perlu menolaknya. Dia boleh menjadi salah seorang pemain terbaik. Tetapi dia juga perlu memahaminya terlebih dahulu.
Selain itu, jurulatih dan rakan sepasukan juga harus memberikan peranan mereka untuk membantu satu sama lain. Ini kerana kualitinya sudah dilihat cuma memerlukan keyakinan dan sokongan
“Tugas jurulatih dan rakan sepasukan adalah untuk mengingatkannya. Jika anda bermain dengan seseorang seperti dia, anda mahu melihat kualitinya muncul setiap masa. Anda menjangkakannya kerana anda tahu apa yang pemain ini boleh lakukan.
“Apabila saya bermain dengannya matlamat saya sentiasa untuk mendapatkan dia dalam kedudukan yang betul dengan bola. Jadi, untuk memberikannya bola pada saat yang tepat di mana dia boleh menunjukkan potensi penuhnya. Seperti dalam situasi satu lawan satu, satu lawan dua, dengan bola, menghadap pintu gol lawan.
“Itulah saat-saat yang ditunggu-tunggunya. Dia boleh mencipta detik-detik cemerlang dalam situasi tersebut. Akhirnya, apa yang penting baginya ialah gol dan bantuan.”