Barcelona dijangka akan melakukan bidaan mengejut untuk Cavani

0

F19D7B62-1123-468F-9AF6-FAA9E7B33496Barcelona dilaporkan akan melakukan bidaan mengejut untuk mendapatkan penyerang veteran Manchester United Edison Cavani di hari terakhir pasaran perpindahan pemain.

Barcelona dijangka boleh menandatangani Edinson Cavani sebelum jendela perpindahan ditutup dalam masa kurang dari 24 jam.Penyerang Manchester United itu dijangka akan menjadi pesaing untuk Sergio Aguero.

Dengan Barcalona menginginkan lebih banyak pilihan penyerang terutama dengan ketiadaan Aguero, dan menurut Mundo Deportivo, pilihan telah muncul dimana mereka ingin menandatangani penyerang Manchester United, Cavani.

Menurut Mundo Deportivo, Barcelona mengidam untuk mendapatkan  tandatangan Edinson Cavani. Manchester United juga dikatakan tidak keberatan melepaskannya.

Kehadiran Ronaldo menjadikan peluang untuk berada di barisan utama semakin tipis.Marcus Rashford juga kemungkinan akan kembali ke posisi asalnya, iaitu penyerang tengah, setelah Jadon Sancho direkrut.Mason Greenwood juga baru-baru ini bermain dengan baik, jadi persaingan akan menjadi sukar.

Mundo Deportivo bahkan mendedahkan bahawa Manchester United telah menawarkan Cavani kepada Barcelona secara pinjaman.Kini, kedua-dua kelab itu berunding mengenai gaji, sama ada mereka masih dibayar oleh United atau sebaliknya.

- Advertisement -