Bale percaya kehadiran Ronaldo akan kembali julang nama United

0

885A4B83-E477-4645-8E05-20C00A1C3465 D4273756-6F91-40D4-B5DF-9BC544D855F0

Bintang Real Madrid, Gareth Bale telah mengulas mengenai keputusan Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Manchester United musim ini.

Bale mengakui bahawa dirinya sangat yakin bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan mengalami kesukaran untuk kembali bermain di Liga Perdana inggeris dan ia percaya kapten Portugal itu akan mencapai kejayaan.

Cristiano Ronaldo musim ini akhirnya memutuskan untuk kembali ke Manchester United setelah 12 tahun berpisah.Ketibaannya disambut dengan gembira oleh penyokong The Red Devils, bahkan sesetengah pihak mendakwa bahawa kehadirannya dijangka akan membantu Manchester United untuk kembali menjadi juara di Liga Perdana.

Dalam laporan sama Bale juga menyambut baik keputusan Ronaldo untuk kembali ke kelab yang menaikkan namanya.Bukan hanya itu, Bale juga mengakui bahawa dia sangat bersemangat untuk menantikan aksi Ronaldo di Liga Perdana.

“Saya yakin dia akan melakukannya dengan baik.Dia telah membuktikannya sebelum ini di Liga Perdana Inggeris dan dia juga telah memahami liga itu,” kata Bale kepada Sky Sports. 

“Dia telah melakukan segalanya dalam bola sepak. Kemampuan menjaringkan gol tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. (Saya) menantikan penuh bersemangat untuknya sama seperti orang lain. “

- Advertisement -