Bailly tidak sabar berlatih bersama CR7, namun peminat bimbang

0

Jika peminat yang tidak sabar melihat aksi CR7 di atas padang bersama pasukan United, pemain senior United juga tidak ketinggalan untuk tidak sabar berlatih bersama CR7. Eric Bailly telah menyertai pasukan kebangsaan Ivory Coast baru-baru ini. Dia berjaya membantu Ivory Coast menewaskan Cameron 2-1. Kini Bailly dalam perjalanan pulang ke United.

Bailly telah muat naik mesej di Instagramnya. Dia memberitahu yang di dalam perjalanan pulang ke United selepas menghadapi perlawanan yang sukar. Dia tidak sabar berlatih bersama CR7.’

Semangat Bailly yang mahu kembali berlatih bersama pasukan ini pasti merisaukan peminat United kerana tidak mahu CR7 mengalami kecederaan berpunca daripada kekasaran yang dilakukan Bailly semasa sesi latihan. United perlu memastikan pemain harapan dan berbakat mereka, CR7 yang berusia 36 tahun berada dalam keadaan baik pada ketika ini.

Ia diakui para peminat United

Eric Bailly sudah lama tidak bermain bersama United sejak perlawanan akhir Piala Europa. Namun dia beruntung kerana diperlukan oleh pasukan kebangsaannya sekaligus memberi sesuatu yang positif dari sudut kecergasannya. Bailly merupakan pemain yang lasak. Ini menjadi sesuatu yang membimbangkan jika dia berkemungkinan mencederakan CR7 semasa sesi latihan. Bailly kerap melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya dilakukan.

Ketika bersama pasukan Ivory Coast di kejohanan Olimpik Tokyo, dia telah memberikan penalti kepada pasukan Sepanyol yang membolehkan Sepanyol menyamakan kedudukan tersebut. Yang terkini, pada minggu ini, dia sekali lagi memberikan penalti kepada pasukan lawannya Cameron dengan tendangan terbangnya yang melulu.

- Advertisement -