Bailly diperlukan dalam pasukan, Roma Intai Bailly

0

Persembahan Harry Maguire pada kejohanan Euro 2020 telah membuktikan mengapa United sanggup membelanjakan 80 juta pound untuk pemain tersebut.

Selain itu, gandingan Maguire di United, Victor Lindelof jangan dilupakan. Dia juga beraksi cemerlang ketika menyarung jersi kuning Sweden yang layak sehingga pusingan 16 terbaik.

Namun United masih lagi dikatakan dalam pencarian seorang lagi pemain pertahanan baru bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan mereka.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lupakan pemain antarabangsa Ivory Coast, Eric Bailly. Dia telah menandatangan kontrak baru bersama United dan seharusnya akan menjadi sebahagian daripada perancangan United untuk musim hadapan.

Pemain pertahanan muda United Axel Tuanzebe dijangka akan dipinjamkan menurut laporan ESPN.

Ada khabar angin memberitahu, Eric Bailly akan dijadikan pemain pertukaran ketika United ingin mendapatkan Pau Torres. Namun Bailly pada waktu ini masih lagi seorang pemain United.

Apabila Bailly bermain untuk United terutama ketika perlawanan piala domestik, dia sangat efektik dan memainkan peranan penting dalam pasukan United.

Dalam rekod FBREF.com, tiada seorang pemain lawan yang berjaya ‘dribble’ melepasi Eric Bailly pada musim 20/21 dalam tempoh 916 minit permainan. Harry Maguire mencatatkan 12 kali manakala Lindelof 9 kali pemain lawan berjaya ‘dribble’ melepasi mereka. Axel Tuanzebe yang bermain 202 minit permainan juga telah berjaya dilepas 2 kali.

Untuk statistik pemain pertahanan pasukan lawan, Van Dijk yang bermain selama 370 minit melepaskan 1 kali manakala Raphael Varane pula 9 kali di La Liga.

Salah satu punca mengapa tiada pemain lawan yang berjaya melepasi Bailly ketika 1 lawan 1 adalah kerana mereka gentar dengan ‘tackle’ dilakukan Bailly.

Troy Deeney ada berkata kepada The Sun,”Jika anda bermain dan berhadapan dengan seorang pemain pertahanan yang sukar, seperti pemain United, Eric Bailly, oh Tuhan, habislah saya.”

Karatkter pemain pertahanan seperti ini amat diperlukan di dalam pasukan. Namun United perlu merancang perlawanan mana yang harus Bailly diturunkan.

Apabila anda bertemu dengna pasukan yang mempunyai penyerang yang licik dan ‘dribbler’, Eric bailly harus diturunkan berbanding Lindelof. Bailly sangat efektik ketika dia mengawal pergerakan Alexander Isak dalam perlawanan separuh akhir menentang Real Sociedad.

Sukar untuk United menurunkan Bailly seperti mana mereka melakukan ke atas Maguire. Namun dia sangat memainkan peranan yang penting kepada pasukan dalam situasi tertentu.

Walaupun dijangka United akan mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan yang baru, Bailly masih diperlukan dan dia pasti akan membuktikan mengapa United harus mengekalkannya dalam pasukan. Jangan sesekali meminggirkan Bailly.

Yang terkini, Roma dibawah bimbingan Jose Mourinho berminat untuk mendapatkan Eric Bailly ke Roma. Bailly hadir ke United dengan nilai 30 juta pound ketika United dibawah bimbingan Jose Mourinho. Kehadiran Bailly pasti akan memantapkan pertahanan Roma dengan gandingan bekas pemain United Chris Smalling.

- Advertisement -