Berita Terkini

Bailly berhak mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama United

Bailly-berhak-mengekalkan-tempat-dalam-kesebelasan-utama-United

Pemain pertahanan tengah Manchester United, Eric Bailly berharap prestasinya yang begitu ‘solid’ ketika perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini memberikannya peluang untuk terus kekal dalam kesebelasan utama United untuk perlawanan seterusnya.

Pemain antarabangsa Ivory Coast ini dipanggil mengisi kekosongan yang ditinggalkan kapten pasukan United, Harry Maguire disebabkan pergantungan disebabkan layangan kad merah ketika perlawanan menentang Watford pada minggu lepas yang merupakan perlawanan terkahir Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire sudah boleh beraksi untuk perlawanan menentang Arsenal pada Jumaat ini. Walaupun pasukan United telah membuat kenyataan rasmi mengenai kehadiran Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara United sehingga hujung musim ini, namun perkhabaran yang dia bakal menguruskan pasukan pada perlawanan tersebut masih belum dapat di sahihkan. Jika tidak, pengurus berusia 63 tahun itu perlu tunggu sehingga perlawanan menentang Crystal Palace untuk perlawanan pertamanya.

Jika United dibawah kendalian Solskjaer, maka Harry Maguire pasti akan dipanggil kembali untuk bermain dalam kesebelasan utama United. Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk United tewas sekali lagi seperti perlawanan menentang Leciester City 2-4 akan berlaku. Gara-gara baru pulang dari kecederaan, Maguire diutamakan daripada Bailly. Kepulangan Maguire sejak pulih dari kecederaan agak meragukan dari segi prestasinya. Walaupun dia beraksi cemerlang untuk pasukan England, namum apabila bermain United dia gagal mempamerkan aksi sebenarnya.

Bailly dan Lindelof bermain dengan cemerlang ketika menentang pendahulu liga dan mereka berdua ini layak untuk terus berada dalam kesebelasan utama United untuk perlawanan menentang Arsenal. Dengan Raphael Varane masih dalam proses pemulihan, menarik untuk kita saksikan siapakan calon gandingan pertahanan bagi pasukan United dengan kehadiran Rangnick nanti.

Lain-Lain Artikel