Bagaimanakan persembahan Dylan Levitt dan James Garner di bahagian tengah semalam?

0

Dylan Levitt dan James Garner telah mendapat peluang untuk bermain bersama sejak kali terakhir mereka bermain bersama untuk pasukan bawah 23 tahun United. Kedua-dua pemain ini berada di dalam kesebelasan utama United pada perlawanan pertama pra-musim malam tadi.

Kedua-dua pemain ini mendapat peluang untuk main bersama untuk pasukan utama United setelah berkelana di kelab luar secara pinjaman untuk mendapat minit permainanan.

Ini merupakan keputusan diluar jangkaan peminat. Ole Gunnar Solskjaer tidak menggabungkan gandingan pemain senior dan pemain muda tetapi memberikan kepercayaan kepada gandingan pemain muda ini untuk bermain.

Garner dan Levitt telah mempamerkan aksi yang baik sepanjang 45 minit permainan dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan tersebut telah memberikan ruang dan peluang kepada mereka berdua untuk membuktikan kualiti yang mereka ada. Ia bukan sahaja untuk membuka mata Solskjaer dalam pemilihan pemain bagi musim baru ini tetapi untuk memberikan peluang kepada pasukan luar sana yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua pemain tersebut secara pinjaman.

United telah mendahului 1-0 menerusi jaringan Taith Chong.

Perlawanan ini telah memberikan peluang yang bagus untuk kedua-dua pemain muda yang baru berusia Garner 20 tahun dan Levitt 20 tahun. Mereka berjaya mendominasi bahagian tengah dengan baik sepanjang 45 minit perlawanan. Ia sekali gus membuktikan mereka bersedia untuk bermain dalam kesebelasan utama United.

Berikut adalah reaksi peminat-peminat United mengenai kedua-dua pemain tersebut.

- Advertisement -