Bagaimanakan perkembangan semasa Pellistri di Alaves

0

Facundo Pellistri merupakan bintang pemain muda ketika deia bermain dalam perlawanan persahabatan bersama pasukan United sebulan yang lepas. Walaupun dia telah pamerkan kualiti yang sangat baik ketika itu, namun dia telah dipinjamkan ke Alaves seperti yang telah dijangkakan.

Pellistri telah kembali bersama dengan pasukan Alaves buat kali kedua selepas pada musim lepas dia telah dipinjamkan ke kelab tersebut juga. Bagaimanakah perkembangan semasa bagi Pellistri di sana. Selepas 2 perlawanan, tempoh pinjamannya dilihat begitu perlahan.

Aksi sesi latihan Pellistri bersama pasukan Alaves

Selepas tiba di Alaves seminggu selepas bermulanya latihan pra musim, seharusnya dengan kualiti yang Pellistri ada dia selayaknya berada dalam kesebelasan utama pasukan. Namun perkara tersebut tidak berlaku. Pada musim lepas, dia bukanlah pemain yang kerap berada dalam kesebelasan utama pasukan, 7 daripada 12 penampilannya itu hanya masuk sebagai pemain gantian.

Pellistri menerima sorakan daripada penyokong Alaves dengan aksi yang baik ketika menentang Real Madrid.

Pada perlawanan pertama Alaves, mereka telah menerima kunjungan Real Madrid. Namun Pellistri di masukkan pada minit ke 68 di mana pasukannya itu telah pun ketinggalan 1-3. Dia hanya mampu mencipta 1 peluang gol kepada rakan sepasukan sebelum Real Madrid melengkapkan kemenangan mereka dengan 4-1.

Pada minggu lepas, Pellistri sekali lagi berada di bangku simpanan ketika Alaves menetnang Mallorca. Dia telah di masukkan sebagai pemain gantian dengan baki perlawanan hanya tinggal 6 minit sahaja lagi. Keadaan itu sudah terlalu lewat untuk menyelamatkan pasukannya untuk mencatatkan kekalahan ke-2 dalam saingan liga.

Alaves kini bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran kerana dalam perlawanan-perlawanan yang mereka hadapi sebelum ini, mereka terbukti gagal menjaringkan gol ketika bermain secara ‘open play’. Namun ada perkhabaran positif selepas pada itu. Pengurus pasukan dijangka akan merombak kesebelasan pemainnya pada perlawanan berikutnya. Alaves akan bertandang ke Valencia pada Sabtu ini sebelum semua liga diberikan rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Pellistri perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Ia baik untuk perkembangan karier. Walaupun kita menjangkakan masih terlalu awal, namun Pellistri harus merebut peluang untuk mempamerkan kualiti yang dia ada untuk membantu pasukan Alaves mendapatkan kemenangan pertama dalam saingan liga.

- Advertisement -