Bagaimana hendak perkenalkan pemain muda : Cara Ole Gunnar Solskjaer

0

Manchester United mempunyai barisan pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik di peringkat akademi. Oleh sebab itu, ramai peminat yang mahukan pemain-pemain muda ini diberikan peluang untuk beraksi di pentas skuad senior. Persoalannya ialah, adakah pemain-pemain ini harus diserap terus ke dalam skuad utama? Atau adakah perancangan tertentu untuk memperkenalkan pemain-pemain muda ini di EPL. Berikut adalah kupasan dari ManUtdSense yang merungkai perancangan Solskjaer dengan pemain muda dengan menggunakan Mason Greenwood pada musim 2019/20 sebagai satu contoh.

Pemain-pemain muda perlu diperkenalkan ke bola sepak senior dengan perancangan teliti dan rapi. Ini adalah untuk terus mengekalkan peningkatan permainan pemain-pemain muda dan tidak terbantut dan akhirnya menjejaskan masa depan mereka sebagai pemain bola sepak. Mason Greenwood adalah satu contoh yang mudah untuk dikaji.

Sebelum kita menyelami lebih dalam, mari kita perhatikan statistik Greenwood pada musim 2019/20

  • 42 Penampilan
  • 20 kesebelasan utama
  • 2107 minit permainan
  • 17 gol
  • 3 bantuan gol

2107 minit dalam 42 penampilan = 50 minit / permainan secara purata

20 kesebelasan utama daripada 42 penampilan = hanya 48%

Seperti yang ditunjukkan, beliau perlahan-lahan dibawa masuk oleh Solskjaer ke dalam kesebelasan utama. Tetapi nombor-nombor ini tidak memberikan gambaran secara keseluruhannya. Untuk itu, analisis lebih terperinci diperlukan

  • Jumlah penampilan: 42
  • Bermula: 20
  • Minit: 2107

Di EPL

  • Penampilan: 27
  • Bermula: 8
  • Minit / Permainan: 37.4
  • Gol: 9
  • Bantuan gol: 1

Pertandingan Cup

  • Penampilan: 15
  • Bermula: 12
  • Minit / Permainan: 73.1
  • Gol: 7
  • Bantuan gol: 2

United telah bermain sebanyak 53 perlawanan pada musim 2019/20 dengan Greenwood membuat 42 penampilan. Di PL Greenwood hanya terlepas 7 dari 38 permainan. Manakala di pertandingan Cup beliau hanya terlepas 4 dari 19 perlawanan. Walaupun beliau kerap bermain, Solskjaer telah memantau kemajuannya dengan teliti.

Daripada kesemua permainan Greenwood, bagaimana Solskaer menguruskan penampilannya?

Jumlah penampilan: 42
Bermula: 20

  • 10 penampilan pertama: 3 bermula
  • 10 penampilan seterusnya: 5 bermula
  • 10 penampilan seterusnya: 5 bermula
  • 12 penampilan terakhir: 7 bermula

Ketika musim PL sedang berjalan, Solskjaer mula memberikan Greenwood lebih banyak penampilan permulaan permainan. Solskjaer sangat berhati-hati ketika memberikan Mason penampilan permulaan tetapi beliau juga berhati-hati ketika memberikannya minit permainan.

Jumlah minit: 2107
Penampilan: 42

  • 10 penampilan pertama: 395 minit
  • 10 penampilan seterusnya: 504 minit
  • 10 penampilan seterusnya: 561 minit
  • 12 penampilan seterusnya: 647 minit

Semakin lama musim berjalan, beliau mula bermain lebih banyak minit permainan. 5 permulaan pertamanya adalah menentang Astana, Rochdale, AZ, Partizan dan Astana lagi sekali. Beliau menjaringkan 3 gol dan 5 bantuan gol. Permulaan pertamanya menentang pasukan di PL ialah menentang Spurs pada bulan Disember yang juga merupakan penampilan ke-17 pada musim tersebut. Solskjaer sudahpun memberi Greenwood 16 penampilan sebelum beliau turun menentang pasukan di PL. Solskjaer juga memastikan Mason bermain lebih lama menentang lawan yang lebih kuat apabila liga semakin berjalan. Minit permainannya di PL menjadi lebih banyak sementara minit permainan di pertandingan Cup menurun seperti yang dilihat di bawah.

10 permainan pertama

  • 109 minit PL dalam 7 permainan
  • 286 minit dalam Pertandingan Cup dalam 3 perlawanan

10 Permainan seterusnya

  • 144 minit PL dalam 6 perlawanan
  • 360 minit dalam pertandingan Cup dalam 4 perlawanan

10 permainan seterusnya

  • 238 minit PL dalam 6 perlawanan
  • 323 minit dalam pertandingan Cup dalam 4 perlawanan

12 Permainan Terakhir

  • 519 minit PL dalam 8 permainan
  • 128 minit dalam Pertandingan Cup dalam 4 perlawanan

Ketika Greenwood lebih banyak bermain menentang pasukan yang lebih baik sepanjang musim tersebut, produk akhirnya juga turut berkembang sama.

10 penampilan pertama:

  • 0 gol dalam PL
  • 2 Gol dalam pertandingan Cup

10 penampilan seterusnya:

  • 2 gol dalam PL
  • 3 gol dalam pertandingan Cup

10 penampilan seterusnya:

  • 2 gol dalam PL
  • 1 Gol dalam pertandingan Cup

12 penampilan terakhir:

  • 5 gol dalam PL
  • 1 dalam pertandingan Cup

Dengan perlahan-lahan memberikannya permulaan permainan, Solskjaer telah memberikannya platform terbaik untuk terus berkembang. Ini dibuktikan melalui situasi ini:

Dalam 12 penampilan pertamanya, Greenwood hanya bermain dalam kesebelasan utama dalam 4 perlawanan sahaja. Beliau menjaringkan 4 gol dalam keempat-empat perlawanan tersebut. 4 gol semuanya semasa menentang pasukan yang lebih kecil tetapi keyakinan beliau semakin meningkat.

Pengenalan Greenwood adalah satu perancangan rapi. Solskjaer mempunyai perancangan yang jelas dalam usahanya memperkenalkan Greenwood di PL. Antara perkara-perkara utama dalam perancangan Solskjaer ialah

  • Memainkan Greenwood sekerap yang boleh (42 penampilan / 53 perlawanan) tetapi
  • Perkenalkannya secara perlahan-lahan menentang pasukan PL sambil memberikannya lebih banyak minit permainan menentang pasukan yang lebih lemah dalam perlawanan Cup
  • Memulakan beliau menentang pasukan yang lebih lemah sehingga beliau dapat memperolehi keyakinan
  • Memberikannya rehat yang secukupnya untuk tidak kehabisan tenaga tetapi cukup untuk tidak kehilangan sentuhannya.

Pementoran, didikan dan pendedahan seperti ini bukan sahaja memastikan pemain memiliki keyakinan yang tinggi, kekal memiliki ketajaman dan kecergasan tetapi sebab mengapa Greenwood berkembang dengan baik pada musim lepas.

Kesimpulan

Setiap peminat sudah pastinya ingin melihat pemain dari akademi atau pemain muda untuk mendapat tempat di skuad utama. Walau bagaimanapun, ia bukanlah semudah yang dijangkakan. Ini adalah kerana untuk memastikan pemain muda ini terus berkembang untuk memenuhi potensi bakat mereka. Pemain muda tidak seharusnya diletakkan terus ke dalam skuad utama dan diberi banyak minit perlawanan tanpa membina keyakinan mereka terlebih dahulu. Satu proses transisi diperlukan supaya pemain-pemain muda dapat terus bersaing di peringkat senior. Hal ini berbeza bagi pemain muda yang melalui transisi menerusi proses pinjaman ke kelab lain.

Setakat ini, Solskjaer dan para jurulatih telah melakukan tugasan yang baik dalam usaha mereka memperkenalkan Greenwood ke dalam skuad utama. Sekiranya perancangan ini menjadi cetak biru bagi United, kemungkinan akan ada pemain muda dari akademi yang akan melalui proses yang sama pada musim akan datang.

Kredit: ManUtdSense

- Advertisement -