Buletin Manchester United

Badi-separuh-akhir-akan-dihapuskan

Badi separuh akhir akan dihapuskan

Manchester United telah berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan West Ham 1-0 hasil McTominay pada minit ke 97 masa tambahan. Harry Maguire bertekad untuk memusnahkan badi separuh akhir yang menimpa pasukan United sejak dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire memberitahu kejohanan Piala FA adalah penting bagi United. Inilah satu satunya peluang untuk United mendapatkan kejuaraan piala yang sekian lama diimpikan. Pemain berusia 27 tahun itu bertekad mendapatkan trofi pertamanya ketika bersama United.

Sejak bersama United pada musim 19/20, Maguire telah banyak membantu United di barisan pertahanan. United telah beberapa kali layak ke peringkat separuh akhir dalam usaha menjuarai pertandingan tertentu. Namum pada peringakt separuh akhir inilah mereka akan terkandas. Badi ini perlu dihapuskan.

‘Pada musim lepas, kami kalah di separuh akhir dan ia pasti mengecewakan. tetapi kami harus terus berusaha untuk mendapatkan gelaran ini. Kami harus saling bantu membantu di antara satu sama yang lain. Dengan usaha ini, kami mampu memperolehi kejayaan yang kami inginkan. Kami harus mendapatkan gelaran juara supaya dapat mengembirakan peminat dan pasukan United sendiri.’ kata Maguire.

Pada musim lepas, United telah berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir dalam 3 pertandingan iaitu Piala FA, Piala Carabao dan Piala Europa. Namun segalanya musnah apabila mereka tewas dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut. Perkara itu masih lagi berlaku pada tahun ini, di mana United tewas kepada Man City dalam separuh akhir Piala Carabao. United masih belum ketahui siapa lawan mereka pada peringkat suku akhir nanti. Lawan yang berkemungkinan jika di separuh akhir kelak adalah Man City, Everton, Chelsea, Spurs, Leicester dan Wolves.