Badan semakin sado dan berotot,Solskjaer percaya Greenwood sudah bersedia untuk menjadi pemain hebat

0

Manchester United memulakan musim 2021/2022 dengan keputusan yang meyakinkan.Antara pemain yang layak mendapat perhatian, selain Bruno Fernandes dan Paul Pogba adalah Mason Greenwood.

Greenwood menyumbang satu gol ketika United menang keatas Leeds pada perlawanan  minggu pertama di Liga Perdana 2021/2022.Dalam perlawanan di Old Trafford, Sabtu (14/8/2021) United berjaya membelasah 5-1 ke atas tetamu mereka.

Meskipun Pogba dan Fernandes mendapat banyak perhatian dalam perlawanan ini setelah masing-masing menunjukkan aksi yang memukau tetapi

di mata Ole Gunnar Solskjaer, Greenwood juga harus dipuji.

Kecederaan yang menimpa dirinya sebelum euro 2020 membuat dia terpaksa mengundur diri dari skuad England ternyata mempunyai makna tersendiri kerana pemain berusia 19 tahun itu mempunyai cuti musim panas yang panjang. Greenwood mempunyai lebih banyak masa untuk fokus pada sesi pra-musim.

“Saya rasa anda dapat melihat berapa banyak aktiviti yang telah dilakukannya pada pra musimnya dab juga pada musim panasnya dimana dia telah berubah menjadi seorang lelaki hebat” kata Solskjaer.

“Dia lebih berotot, dia juga nampak lebih kuat. Langkahnya kini lebih kuat dan anda tahu, ketika dia berlari dari pemain pertahanan dan menjaringkan gol, itu bagus untuk dilihat. ”

“Pendekatan, sikap dan penerapannya, semua yang dia lakukan setiap hari semakin baik dan saya rasa itu juga kematangan seorang pemain.”

Greenwood memulakan kempen liga perdana sebagai penyerang tengah dalam perlawanan menentang Leeds. Peranan yang sama diberikan kepadanya dalam pertandingan pra musim. Sementara itu, bersama pasukan senior, Greenwood lebih kerap bermain sebagai pemain sayap dalam dua musim terakhir.

“Saya tidak tahu [jika dia lebih suka bermain di depan).Dia hanya suka bermain bola sepak di mana sahaja dia berada di padang.Dia sangat kuat. Saya rasa dia juga suka mengambil sudut,” kata Solskjaer.

“Apabila anda mempunyai pemain yang hanya bermain dengan berani dan tanpa rasa takut, tidak menjadi masalah di mana dia bermain.”

Sumber: MUTV

- Advertisement -