Atletico intai Lingard, pertukaran Trippier dengan Lingard?

0

Masa depan Kieran Trippier sentiasa menjadi bualan pihak media sejak kempen Euro 2020 lagi.

Dan sekarang Euro 2020 telah melabuhkan tirainya, khabar angin mengenai gosip perpindahannya pasti akan berlaku sebelum saingan liga bermula.

Dalam berita sebelum ini, kami ada maklumkan di mana Trippier bersedia untuk memberitahu Atletico yang dia ingin pulang ke England dan United menjadi kelab idamannya.

Namun Atletico sedia melepaskan Trippier dengan nilai 30 juta pound. Harga tersebut munasabah. Namun untuk pemain yang berusia 30 tahun dan bermain sebagai pertahanan adalah sedikit tinggi nilai tersebut dengan berbaki 1 tahun kontrak. Namun begitu, Atletico mempunyai pilihan untuk menyambung 12 bulan lagi kontrak selepas tamat kontrak Trippier pada Jun 2022 nanti.

Dilaporkan oleh 90min, Atletico berminat untuk mendapatkan Jesse Lingard untuk bermain di La Liga. Diego Simeone merupakan salah seorang peminat Lingard dan ingin melihat pemain tengah itu mengembangkan kariernya di luar negara.

Oleh yang demikian muncul situasi yang melibatkan pertukaran Trippier dan Lingard berlaku tetapi masih belum ada perbincangan secara rasmi. Pertukaran ini dilihat berbaloi bagi kedua-dua pasukan. Kedua-dua pemain ni bernilai 30 juta pound dan umur mereka juga tidak jauh bezanya dengan baki kontrak yang berbaki 1 tahun.

United harus menjual pemain sedia ada untuk mendapatkan dana tambahan bagi Trippier. United sudah berbelanja besar untuk mendapatkan Jadon Sancho. Dan perbincangan dengan Varane juga pasti akan melibatkan nilai perpindahan yang tinggi.

Ada juga perkhabaran di mana West Ham semakin hampir untuk mendapatkan Jesse Lingard. Peluang Lingard untuk bergabung semula dengan Moyes bagi musim baru selepas dia dipinjamkan ke West Ham pada musim lepas. Dia berjaya mempamerkan prestasi terbaiknya bersama West Ham ketika tempoh pinjaman tersebut.

Tiada masalah bagi kedua-dua kelab ini untuk menawarkan gaji sedia ada mereka jika pertukaran pemain ini berlaku. Pertukaran ini pasti akan membuka ruang kepada Lingard untuk beraksi dalam liga yang diwakili pemain terbaik dunia Lionel Messi, manakala bagi Trippier, kepulangan ke England pasti akan dirindui.

- Advertisement -