Arsenal mahu merampas Jesse Lingard dari West Ham United

0 5

Jesse Lingard bermain hebat di West Ham United walaupun secara pinjaman sejak awal tahun ini. Jesse Lingard akhirnya dikhabarkan tidak akan kembali ke kelab asalnya, Manchester United kerana The Hammers mula menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut secara kekal.

Seperti yang kita sedia maklum, prestasi Lingard bersama pasukan David Moyes terus meningkat dengan dengan jayanya. Setakat ini, dia telah bermain 9 perlawanan dan mengumpulkan 8 gol serta empat assist. Walaupun United nampaknya mula bersikap terbuka untuk melepaskan Lingard, Express Football sebenarnya melaporkan bahawa perniagaan kelab yang berpusat di London Stadium itu tidak berjalan lancar.

Ini kerana, The Hammers bukan peminat tunggal Lingard setelah Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta, juga ingin meningkatkan kualiti mereka di bahagian penyerang dan dikhabarkan berhasrat untuk menggunakan khidmat pemain Britain itu.

Khabar angin mengatakan bahawa The Gunners telah meletakkan nama Lingard di radar perpindahan sekiranya mereka gagal menandatangani Martin Odegaard secara kekal dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas tahun ini.

Walaupun bagaimanapun, usaha kedua-dua pasukan itu juga tidak mudah. Walaupun harga pasaran semasa hanya 15 juta euro, Man United berkemungkinan menggandakan nilai Lingard setelah melihat prestasinya yang begitu cemerlang dan terus mendapat kata-kata positif daripada para peminat.