Apakah nasib si Malang

Bagaikan jatuh ditimpa tangga.

0 1,357

Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan sesuai buat pemain Manchester United, Donny Van de Beek.

Bekas pemain yang dibeli dari Ajax Amsterdam musim lalu kini terlepas peluang untuk beraksi di kejohanan EURO 2020 yang akan bermula hujung minggu selepas disahkan mengalami kecederaan pangkal peha.

Ketua jurulatih Orange, Frank de Boer mengesahkan berita itu kepada umum dan menyatakan tidak akan memanggil pemain penganti untuk mengisi kekosongan Van de Beek.

Skuad Belanda akan memulakan langkah dalam kejohanan berprestij itu dengan menentang Ukraine pada 14 Jun ini untuk saingan kumpulan C.

Malang buat pemain kelahiran Nijkerkerveen berusia 24 tahun itu selepas beliau terdesak membuktikan kemampuan serta keupayaannya dalam pertandingan besar disamping membuktikan sesuatu kepada kelab semasa, United dan Ole Gunnar Solksjaer.

Pada musim 2020/2021, Van de Beek kurang mendapat perhatian Ole dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukan.

Semoga ada hikmahnya kecederaan yang anda alami, Donny. Kembali dengan lebih hebat hendaknya.