Apa nak jadi Manchester United?

0

United ‘sangat lemah’ dalam urusan perpindahan pemain?

Benar jika itu sedang berlaku mengikut tafsiran kami. Disaat kesibukan warga bolasepak dunia tertumpu pada kejohanan Euro 2020 yang sedang berlangsung, jendela perpindahan sebenarnya telah rasmi terbuka sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun di pihak tertinggi Manchester United, tiada usaha kukuh dan komprehensif untuk menandatangani pemain baharu dalam menyediakan pasukan yang di idamkan pengurus Ole Gunnar Solksjaer.

Nama-nama seperti Jadon Sancho, Raphael Varane, Kieran Trippier, Declan Rice dan Pau Torres antara yang kuat berlegar di ruang gosip terkait dengan United. Menariknya lagi kesemua mereka ini masih beraksi di kejohanan Euro yang sedang memasuki peringkat kalah mati.

Adakah itu penyebab dan alasan jabatan rekrut dan lembaga pengarah sukar menjalankan tugas?

Sebenarnya tidak sama sekali. United boleh sahaja berunding terus dengan pihak agen pemain, kelab semasa dan individu berkaitan mengenai prospek perpindahan ke Old Trafford. Segala proses dokumentasi dan butiran kontrak sepatutnya juga dapat diterjemahkan dengan efisien melalui teknologi canggih media sosial ketika ini.

Namun entah mengapa sehingga kini Ed Woodward dan John Murtough masih berpeluk tubuh dan sekadar melakukan rundingan yang tampak tidak serius dalam menyelesaikan urusan tersebut.

Mengapa hanya tertumpu pemain bintang dan bukan pemain di luar ‘kotak’?

Ini juga salah satu kesulitan di unit peninjau bakat United. Mereka antara tersekat pada penilaian pemain bintang semata-mata ataupun laporan yang dibentangkan tidak mendapat perhatian dari ketua peninjau bakat pasukan.

Sepatutnya United menggunakan segala sumber [scouting] di setiap pelusuk dunia untuk mengesan bakat yang sesuai dan efisien buat pasukan.

Sikap United yang hanya bersandarkan pemain bintang yang telah menempa nama juga sekan memakan diri dengan harga pasaran tinggi diminta kelab penjual.

Apakah kesannya nanti?

Segala kemelut kelembapan di pasaran perpindahan dan pencarian bakat di luar kotak ini juga akan memberikan impak dalam menyediakan skuad yang ampuh untuk menjalani musim baharu kelak.

Proses penyesuaian dan menyerapkan taktikal berlainan juga memerlukan masa untuk di adaptasi pemain baharu. Ia dilihat sebagai pertaruhan dengan bakat dan masa terhad pemain itu di kem United.

Apa kata anda? Setuju?

- Advertisement -