Apa reaksi Berbatov mengenai kemenangan bergaya United

0

Manchester United telah mencatatkan kemenangan bergaya kepada Leeds United. Apa yang paling menyeronokkan adalah disebabkan perlawanan ini berlangsung di Old Trafford. UK telah membenarkan peminat hadir ke stadium dengan kapasiti 100% kehadiran dan perkara ini pasti memberikan permulaan yang manis bagi United.

Selepas kejayaan 6-2 pada musim lepas, Solskjaer telah memberitahu kepada semua pada ketika itu,’Cuba anda fikirkan jika Old Trafford dipenuhi dengan kehadiran 75k penonton, ia merupakan perkara yang sangat menceriakan mereka selepas kemenangan besar menentang Leeds di tempat sendiri.’

Hari ini, apa yang dihasratkan Solskjaer tercapai. Di hadapan 75k penonton yang hadir, Leeds tewas sekali lagi dengan jaringan yang besar. United menang 5-1 dan peminat sangat teruja dengan setiap gol dijaringkan.

Bekas pemain United, Dimitar Berbatov tidak ketinggalan mengakui perkara tersebut. Dia telah muat naik gambar ketika peminat meraikan gol yang dijaringkan Greenwood.

Gambar tersebut telah memberitahu kita semua betapa peminat dahagakan kejayaan seperti ini.

Berbatov merupakan salah seorang pemain yang tidak pernah terlepas dalam melihat sendiri aksi ketika pasukan United bermain. Walaupun dia bermain untuk United selama 4 musim, dia berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak 2 kali. Dia merupakan peminat sejati United.

- Advertisement -