Buletin Manchester United

Anthony-Martial-seharusnya-meninggalkan-United-jika-Solskjaer-masih-lagi-meletakkanya-sebagai-penyerang-tengah

Anthony Martial seharusnya meninggalkan United jika Solskjaer masih lagi meletakkanya sebagai penyerang tengah

John Barnes berpendapat, Anthony Martial seharusnya meninggalkan United pada hujung musim ini jika Solskjaer masih meletakkanya sebagai penyerang tengah United. Pemain antarabangsa Perancis ini telah bermain sebagai penyerang tengah pada musim ini. Posisi asal Martial ialah pemain sayap kiri pada permulaan kariernya bersama United.

Disebabkan Marcus Rashford dilihat lebih mendominasi dibahagian sayap kiri United, manakala Greenwood di bahagian kanan, Martial mempunyai peluang sedikit untuk bermain sebagai pemain sayap. Pada musim lepas, Solskjaer yang telah menggunakan Martial sebagai penyerang tengah utama United sekaligus mencipta rekod jaringan yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, sejak kehadiran Cavani, Martial kini gagal bermain dengan baik dan dilihat prestasinya semakin merundum sepanjang musim ini. Martial dilihat perlu meninggalkan United jika perkara ini berterusan jika ingin menyelamatkan kariernya.Dengan itu, kemungkinan posisi dia boleh kembali sebagai pemain di bahagian sayap kiri untuk pasukan tersebut.

‘Martial tidak pernah menjadi pemain penyerang tengah yang bagus untuk United. Dia lebih gemar berada di posisi sayap apabila berada di atas padang. Jika dia terus tidak mendapat tempat sebagai pemain sayap utama United, saya menasihatkanya supaya meninggalkan United pada hujung musim ini. Adakah dia sanggup melihat posisi sayapnya diisi oleh Rashford dan Greenwood?’ kata Barnes ketika di temuramah.

Martial telah berada dibangku simpanan ketika United memulakan perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini. Solskjaer telah menurunkan Rashford, Greenwood dan James dibahagian serangan dan Marital di bawa masuk pada 10 minit terakhir perlawanan.

‘Kebanyakan pemain bintang kini lebih gembira berada dibangku simpanan. Tetapi saya tidak tahu mengenai Martial. Apakah perancangan United yang seterusnya. Saya mencadangkan United mengembalikan semula posisi asal Martial iaitu di bahagian sayap kiri United.’

Martial telah menjaringkan 7 gol dalam 33 penampilan pada musim ini dan mencipta 8 bantuan gol kepada rakan sepasukan. Karier Martial dipersoalkan oleh pengulas bola sepak selepas dengan kecederaan Cavani, Martial masih tidak berpeluang untuk berada di kesebelasan utama United ketika menentang Chelsea baru-baru ini.