Anthony Martial hantar mesej kepada peminat United terutama yang merindui aksinya

0

Anthony Martial telah kembali bermain bersama Manchester United pada perlawanan persahabatan pra-musim terakhir dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Everton.

Penyerang Perancis ini berada dalam kesebelasan utama United pada perlawanan tersebut dan telah bermain dengan baik serta melakukan beberapa sentuhan ketika United merencanakan serangan.

Martial berehat lamahampir 5 bulan sejak bulan Mac lepas selepas mengalami kecederaan di buku lali.

Dia sangat gembira untuk bermain bersama United dan telah menghantar mesej kepada peminat selepas kejayaan tersebut.

Dengan penampilan barunya, Martial dilihat semakin baik dari segi tahap kecergasannya pada awal musim ini.

Sangat penting untuk kita ketahui adalah sukar untuk para pemain berada di tahap terbaik setelah sekain lama berehat disebabkan kecederaan. Dia telah menjalani latihan hampir 3 minggu dan ini merupakan penampilan pertamanya selepas tidak bermain dalam 3 perlawanan pertama United sebelum ini.

Disebabkan dia bermain sebagai penyerang tengah, Mason Greenwood telah diberi peluang untuk bermain di sebelah kanan dan ia menjadi selepas dia menjaringkan 1 gol dalam perlawanan malam tadi.

Martial di lihat berada dalam keadaan baik dengan keazaman yang tinggi untuk menghadapi saingan baru musim ini. Jika Sancho berada dalam tahap kecergasan yang baik pada minggu ini, maka United mempunyai 3 serangkai dibahagain hadapan yang begitu mantap, Martial, Greenwood dan Sancho. Namun segalanya akan bergantung kepada kecergasan Sancho yang akan menyertai sesi latihan pada hari Isnin ini.

Martial bermain selama 45 minit sebelum digantikan dengan Juan Mata. Ia cukup untuk memberi ruang kepada dia bermain selepas sekian lama berehat. Selamat kembali Martial!!!

- Advertisement -