Anthony Elanga ledak 2 gol ketika bantu pasukan Sweden

0

Pemain muda ‘wonderkid’ United, Anthony Elanga telah berjaya menjaringkan gol ketika di bermain untuk pasukan Sweden bawah 21 tahun. Anthony Elanga telah menjaringkan 2 gol ketika membantu pasukannya itu menewaskan Montenegro dengan jaringan 2-1.

Anthony Elanga kini telah menjaringkan 4 gol untuk 3 penampilan bersama pasukan Swden bawah 21 tahun. Elanga yang baru pulih dari kecederaan ketika bersama pasukan United baru-baru ini tidak menunggu lama untuk meneruskan persembahan terbaiknya bersama pasukan kebangsaan. Elanga telah menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan senior United ketika perlawanan menentang Wolves musim lepas. Elanga juga menjaringkan 2 gol untuk United bawah 23 tahun dalam perlawanan menentang Derby.

Gol-gol yang dijaringkan Elanga baru-baru ini.

Dia kemudian telah dipanggil untuk penampilan pertamanya bersama pasukan Sweden bawah 21 tahun. Elanga tidak menunggu lama untuk menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Kemudian Elanga telah meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan 2 gol daripada 3 perlawanan persahabatan bersama United ketika pra-musim lepas.

Dengan itu, Elanga kini telah menjaringkan 9 gol dalam 9 penampilannya dalam semua perlawanan yang telah dia sertai. Elanga telah membuktikan dia telah kembali cergas dan bersedia untuk membantu pasukan. Solskjaer mempunyai perancangan untuk Elanga kerana Solskjaer tidak membenarkan dia untuk dipinjamkan walaupun mempunyai permintaan daripada kelab luar. Elanga kini boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Daniel James apabila mendapat peluang bermain dalam perlawanan tertentu nanti.

- Advertisement -