Anthony Elanga dan Amad Diallo berpeluang berlatih bersama C.Ronaldo

0

Beberapa kelab telah menghubungi United untuk mendapatkan khidmat pemain muda Manchester United, Anthony Elanga secara pinjaman selepas kedatangan pemain bintang, Cristiano Ronaldo. Namun Ole Gunnar Solskjaer memilih untuk mengekalkan pemain muda ini di Old Trafford dan percaya Elanga akan memperolehi sesuatu yang istimewa pada musim ini.

Kedatangan C.Ronaldo telah membuatkan minit permainan pemain lain akan sedikit berkurangan kerana C.Ronaldo dijangka menjadi nama pertama mengisi kesebelasan utama pasukan dalam setiap perlawanan. Walaupun Elanga mempamerkan prestasi yang baik dalam perlawanan pra-musim sebelum ini, peluang untuknya bermain dalam skuad utama agak terbatas.

Namun dari sudut positifnya, inilah peluang untuk pemain-pemain muda di United menimba ilmu daripada C.Ronaldo. Keinginan untuk menjadi pemain terbilang adalah salah satu perkara penting yang menjadikan C.Ronaldo merupakan seorang pemain bintang yang telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak mula diperkenalkan sebagai pemain United dari tahun 2003.

Di sini kita boleh melihat betapa C.Ronaldo boleh menjadi inspirasi kepada para pemain muda untuk memajukan diri mereka mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan oleh C.Ronaldo pada sebelum ini. Selain itu, seorang lagi pemain muda, Amad Diallo, yang tidak berjaya untuk dipinjamkan ke Feyenoord selepas mengalami sedikit kecederaan juga akan berpeluang berada dalam skuad utama United sekaligus dapat belajar sesuatu dari kehadiran C.Ronaldo.

- Advertisement -