Andaikan saya mempunyai larian pantas seperti Rashford

0

Bruno Fernandes berkata jika dia ada pilihan untuk meningkatkan kebolehan yang dia perlu ada, dia memilih untuk memiliki kelajuan pada Rashford.

Bruno merupakan penjaring terbanyak dan ‘assist’ terbanyak bagi pasukan United pada musim ini merasakan dia tidaklah begitu perlahan dalam membuat larian, tetapi dia percaya jika dia mempunyai kepantasan dalam membuat larian pasti itu akan membuatkan dia sukar dihalang oleh mana-mana pemain.

Berkata dalam ketika ditemubual dalam website Man United,”Saya rasa saya tidaklah begitu perlahan dalam membuat larian di dunia ini tetapi jika saya ada kepantasan seperti yang dimiliki Rashford, sejujurnya saya merasakan saya akan memenangi anugerah Ballon d’Or.”

“Dengan kepantasa yang dia ada, oh Tuhan, dia sangat menakjubkan. Ia sangat luar biasa cara dia buat larian dan apabila saya bercakap mengenai larian ini, ia adalah mengenai larian ketika membawa bola, ketika mendapatkan bola dan kepantasan pergerakan kakinya. Kualiti yang dia ada dalam pergerakan yang dia lakukan dan betapa mudah dia mengatasi keadaan yang sukar sangat membuatkan saya teruja.”

Dia merupakan pemain terpantas di antara kami dan dia telah mencatatkan kelajuan 22.5 batu/jam. Kepantasan Rashford memudahkan kerja Bruno dalam membuat hantaran di ruangan kosong.

Dalam sesi temubual lain dengan Rashford,”Sejujurnya, jika kami berluma lari 100 meter, James akan memenangi larian terebut.”

Berkemungkinan kita sering mengatakan James merupakan pemain terpantas yang United ada pada waktu ini, tetapi fakta danbukti menyatakan Rashford adalah yang terpantas.

Bruno mengakui dia sangat gembira jika dia berjaya merangkul sebarang anugerah berprestij dunia pada ketika era yang didominasi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Dia berkata, “Semua pemain mengidamkan kejayaan anugerah Ballo d’or. Sejak anda memulakan karier bola sepak anda, pasti kita inginkan sesuatu penghargaan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi pada ketika ini, saya lebih fokus untuk membantu pasukan mendapatkan kemenangan piala.”

“Untuk musim ini, sejujurnya musim yang sukar bagi diri saya. Ketika Messi dan Ronaldo masih bermain pada waktu ini, anda perlu berusaha keras kerana saya merasakan tidak ada pemain yang mampu menghampiri kualiti dan rekod yang mereka beruda miliki.”

Fernandes telahmenjaringkan 49 gol untuk United dan Portugal pada musim ini dan dia mahukan kejayaan pada kempen Euro 2020. Dia juga mahu berada dalam kedudukan 10 pemain terbaik dalam kejohanan itu di mana telah menghimpunkan para pemain yang bagus dan berkualiti di eropah.

- Advertisement -