Amad Traore dipastikan akan menjadi sebahagian penting dalam skuad jangka masa panjang Solskjaer

Manchester United telah berjaya mendapatkan khidmat pemain muda Atalanta Amad Traore pada hari terakhir pasaran perpindahan yang lalu.

Tetapi Manchester United tidak dapat mengunakan khidmat pemain ini dengan segera Kerana pemain muda itu dipastikan akan menyertai United pada bulan januari nanti.

Sejauh ini, Traore telah membuat tiga penampilan secara keseluruhan di Serie A bersama Atalanta. Namun bersama skuad muda Atalanta pemain ini telah menyumbangkan enam gol dan lima assist dari 16 penampilan musim lalu.

Persembahan pemain ini telah menarik perhatian Red Devils yang diketahui telah lama memantaunya sehingga telah membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mendapatkanya pada hari terakhir pasaran perpindahan yang lalu.

Menurut Fabrizio Romano, dalam podcast Here We Go,pihak pengurusan Manchester United percaya bahawa Traore adalah salah satu pemain berpotensi terbaik di dunia.Dan mereka percaya bahawa mereka telah merekrut ‘bintang dalam pembikinan yang sedang meningkat naik’.

Juga diketahui bahawa jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, telah bercakap dengan pemain berusia 18 tahun itu melalui ‘face time’.

Solskjaer mengatakan bahawa Traore akan menjadi bahagian penting dalam masa depan Manchester United. Selain itu, Manchester United juga tidak berniat meminjam Traore ke kelab lain sebagai pemain pinjaman.

Solskjaer juga mengatakan bahawa Traore akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya di England.Tetapi dia percaya bahawa pemain itu sudah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Bukan hanya Manchester United yang berminat terhadap Traore. Kelab Itali yang lain, Parma juga hampir mendapatkan pemain ini secara pinjaman namun mereka kesal kerana perpindahan itu tidak berlaku disebabkan The Red Devils telah membuat tawaran lumayan kepada Atalanta sehingga kelab itu telah membatalkan niat mereka untuk meminjamkan pemain itu ke Parma dengan menerima tawaran United.

“Anda harus bertanya kepada Atalanta mengenai Traore.Kami mencapai kesepakatan dan kemudian rundingan dengan Manchester United dimulakan kemudian mereka menjualnya,” kata Pengarah Parma Alessandro Lucarelli kepada Sky Sport Italia.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd