Amad kini bersama kem pasukan Ivory Coast untuk persediaan Olimpik Tokyo

0

Amad Diallo tidak akan terlibat dalam kem latihan pra-musim bagi pasukan United.

Dia kini berada di Ivory Coast untuk persediaan pasukan itu untuk kejohanan Olimpik Tokyo.

Ahmad ada memuat naik gambar sesi latihannya bersama pasukan Ivory Coast di media sosial miliknya.

Eric Bailly dan Franck Kessie yang merupakan pemain berusia lebih 23 tahun dijangka akan menyertai pasukan tersebut dalam masa terdekat.

Kejohanan Olimpik ini akan bermula pada penghujung bulan Julai ini.

Selepas pulang dari kejohanan tersebut, Amad dan Bailly perlu menjalani kuarantin selepas tiba di UK selepas bermain untuk pasukan Ivory Coast di Tokyo.

Ini bermakna mereka berdua tidak akan ada dalam pasukan United untuk perlawanan awal musim ini. Mereka berdua ini seharusnya berpulang untuk bermain untuk perlawanan pra-musim United kerana ketiadaan beberapa pemain utama yang bermain untuk kejohanan Euro dan Copa Amerika.

Namun pengalaman dan jasa untuk bermain untuk kebangsaan untuk kejohanan Olimpik juga merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan. Ia akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada Amad Diallo terutamanya.

Dia berjaya menjaringkan gol ketika bermain dengan pasukan seniornya ketika perlawanan persahabatan. Olimpik kali ini pasti menjadi medan buat dirinya untuk membuktikan kualiti yang dia miliki. Semua mata peminat United pasti akan tertumpu kepada Amad Diallo.

- Advertisement -