Amad hantar mesej penting kepada Bruno

Dia ada kemungkinan menjadi aset penting bagi United pada masa hadapan.

0 264

Amad Diallo telah menjaringkan gol pertamanya ketika bersama pasukan antarabangsa Ivory Coast baru-baru ini.

‘Wonderkid’ pemain muda United ini menjaringkan gol pada minit ke 90 menerusi sepakan percuma. Jaringan tersebut memberikan kemenangan kepada mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Burkina Faso.

Jaringan gol yang dijaringkan oleh Amd telah diberikan ucapan tahniah daripada rakan sepaskuaknya di United iaitu Anthony Elanga dan Bruno Fernandes menerusi sosial media.

Amad telah membalas kata-kata pujian Bruno dalam bahas itali yang bermaksud ‘Awak yang mengajar saya’

Amad mengambil kesempatan di atas kehadiran Bruno di United dengan mempelajari sesuatu daripada pemain bintang United Bruno Fernandes. Dia mempunyai bakat dalam mengambil sepakan percuma. Dia menjaringkanya ketika menentang Chelsea bawah 23 tahun.

Ia merupakan penampilan kedua Amad dalam peringkat antarabangsa sejak bulan Mac lepas. Amad dimasukan pada separuh masa kedua dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Dia dilihat menjadi pengubah permainan pada ketika itu. Dia ada menjaringkan 1 gol dalam Piala Europa dan 1 assist dalam 3 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

Dia ada kemungkinan menjadi aset penting bagi United pada masa hadapan. Beri dia peluang. Jangan terlalu memberikan harapan yang tinggi kepada pemain muda ini yang baru hadir dalam kancah liga inggeris.

Usia 18 tahun masih lagi muda tetapi dia telah berjaya mempamerkan aksi yang berkualiti di tahap antarabangsa.