Amad Diallo bersiap sedia sebelum kempen pra-musim

0

Amad Diallo akan bersedia untuk kali pertama dia bersama pasukan United bagi pra-musim ini. Dia menyertai pada pertengahan bulan Januari tahun ini.

Pasti ada para pemain lain yang menasihatinya supaya bersedia awal sebelum kembali ke kem pra musim United.

Amad telah telah pergi ke gym dan untuk memulakan sesi latihan sendiri untuk memgembalikan semula kecergasannya. Persediaan yang rapi perlu dilakukan supaya dia bersedia dengan latihan daripada kejurulatihan United yang bakal dijangka lebih agresif.

Perlawanan pra-musim adalah medan untuk dia mendapat peluang untuk mempamerkan aksi terbaiknya bagi merebut tempat dalam pasukan utama United bagi musim baru ini.

4 perlawanan akan di adakan dalam tempoh yang singkat itu. Pasukan United dijangka akan dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berkualiti disebabkan beberapa pemain senior yang baru atau masih terlibat di kejohanan Euro 2020 atau Copa Amerika.

Ini benar-benar merupakan peluang besar baginya untuk menunjukkan kemampuannya dan memperoleh lebih banyak peluang bermain dalam pasukan utama untuk permulaan musim. Pegawai kejurulatihan United akan lebih mudah untuk memberikan perhatian kepada para pemain muda ini dalam sesi latihan.

- Advertisement -