Buletin Manchester United

Amad-Diallo-berpeluang-membuat-penampilan-pertama

Amad Diallo berpeluang membuat penampilan pertama

Amad Diallo kemungkinan akan membuat penampilan pertamanya bersama pasukan United selepas melengkapkan perpindahan dari Atlanta bernilai £37 juta pada Januari ini. Pemain muda berusia 18 tahun ini telah berjaya membuat impak yang positif ketika sesi latihan bersama pasukan senior.

Walaupun Diallo hanya berjaya membuat 2 penampilan ketika bermain untuk pasukan Itali tersebut secara pemain gantian, Diallo mempunyai peluang yang baik untuk masuk dalam kesebelasan utama United dalam beberapa minggu lagi.

Apabila ditanya mengenai penampilan pemain sayap tersebut akan berlaku dalam 3 ke 4 minggu akan datang, Solskjaer telah berkata, ‘Kemungkinan lebih awal dari masa tersebut. Saya tidak melihat dia akan menunggu lama untuk membuat penampilan pertama bersama kami. Dia telah berjaya menyesuaikan dirinya di sini. Dia sangat serasi dengan para pemain, dia merupakan pemain yang mempunyai karakter yang bagus, berhemah, dan sentiasa melemparkan senyuman walaupun berkerja keras ketika dalam sesi latihan.’

‘Dia telah melakukan latihan sebelum melengkapkan perpindahan pada Januari ini. Para pegawai telah membantu dia membuat persediaan awal. Dan kini dia telah melakukan sesi latihan dengan baik ketika bersama kami. Pengalamannya bermain dii Itali sedikit sebanyak membantu dia menyesuaikan diri dengan bola sepak di eropah.’

‘Dia boleh mengawal bola dengan baik, dan telah memberikan kelainan kepada pasukan dalam sesi latihan. Ia merupakan sesuatu yang bagus untuk usia muda seperti dia.’

Pasukan United akan berhadpaan dengan jadual perlawanan yang padat pada minggu ini. Fulham, Sheffield United dan Southampton akan menjadi tentangan  untuk United. Dalam masa sama, United akan berhadapan dengan Liverpool pada Piala FA sebelum memulakan kempen Piala Europa pada februari nanti.

Diallo dikatakan bersedia menunggu peluang untuk membuat penampilan pertamanya kerana dia akui perjalanan kariernya masih lagi panjang. Dia telah memasang impian untuk membantu United menjuarai kempen Liga Perdana Inggeris pada musim ini selepas United telah mengharungi separuh perjalanan.

‘Saya masih lagi muda, saya berusia 18 tahun, oleh yang demikian perjalanan saya masih lagi jauh. Saya ingin belajar dan bersedia untuk mendengar nasihat dan pendapat pemain dan jurulatih berpengalaman yang ada di sini. Saya akan melakukan yang terbaik saya mampu.’

Sumber dari TheSun Football