Buletin Manchester United

Amad-Diallo-Bakal-Mendapat-Debut

Amad Diallo Bakal Mendapat Debut

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan sedikit gambaran mengenai skuadnya menjelang perlawanan menentang Liverpool. Solskjaer mendedahkan dirinya mempertimbangkan untuk membawa pemain baru United Amad Diallo dalam perlawanan bertemu Liverpool di Anfield.

Diallo merupakan pemain baru yang menyertai Manchester United musim panas ini.Pemain sayap lincah berusia 18 tahun ini direkrut dari kelab Itali Atalanta. Buat masa ini Diallo telah berada di Manchester United selama satu minggu dan telah menjalani latihan bersama pasukan utama. Dalam sidang medianya Solskjaer mengakui Diallo berpotensi untuk membuat debut dalam pertemuan nanti.

“Saya tidak menolak kemungkinan dia [Diallo] akan dimasukkan dalam skuad kami menentang Liverpool,” kata Solskjaer kepada Dagbladet. Menurut Solskjaer, dalam Liga Perdana Inggeris apa sahaja boleh berlaku.Jadi dia berpendapat ada kemungkinan Diallo dapat melakukan debut dalam perlawanan ini. “Apa sahaja boleh berlaku.Anda dapat melihat bahawa di England, semuanya terjadi dengan begitu cepat, sehingga tiba-tiba ada enam pemain dalam satu pasukan yang terkena coronavirus.”

“Jadi kami tidak pernah tahu apa yang akan terjadi. Saya secara peribadi tidak ingin menentukan bila dia harus memulai debutnya, tetapi yang paling penting ialah dia sudah berada dalam pasukan ini, dia telah berlatih dan dia dapat dipilih untuk bermain.”

“Kami akan memberinya masa.Tetapi untuk melihat adakah dia akan melakukan debut menentang Liverpool, atau debut di Piala FA dan juga sama ada dia bermain minggu ini atau beberapa minggu akan datang tidak pernah kita tahu.”