Amad berlatih dengan dengan sangat baik, dia tidak akan dipinjamkan

0

Amad Diallo tidak akan dipinjamkan pada musim ini, kata Ole Gunnar Solskjaer. Manchester United bercadang untuk menetapkan Amad untuk terus kekal berlatih bersama pasukan utama United.

Laporan The Men pada minggu lepas, ada memberitahu yang Amad akan dipinjamkan. Fabrizio Romano pula ada melaporkan yang Crystal Palace dan FC Basel berminat untuk mendapatkan Amad secara pinjaman manakal Talksport pula mengaitkan Amad dengan Sheffield United.

Solskjaer telah memberitahu pada sediang media lepas yang dia teruja dengan prestasi Amad semasa sesi latihan pada minggu ini dan berhasrat untuk mengekalkan Amad di United.

Solskjaer,’Amad telah lakukan dengan baik semasa sesi latihan, dia pulang awal selepas kejohanan Olimpik Tokyo. Dia kelihatan sangat bagus. Saya tidak terkejut jika dia terus kekal bersama kami di United. Jika dia dipinjamkan, maka kami perlu mencari kelab yang bagus untuk perkembangan kariernya dengan cara dia bermain.’

Amad berkemungkinan boleh memberikan impak kepada pasukan United dan pasti United akan menyesal jika melepaskannya secara pinjaman pada musim ini. Solskjaer percaya dengan kebolehan dia bermain di peringkat tertinggi United dan ia akan menjadi pengalaman yang bermakna kepadanya untuk masa akan datang.

Jika Jadon Sancho atau Greenwood mengalami kecederaan (tapi kita tidak minta) Amad akan menjadi sandaran kepada pasukan United. Dia boleh berlatih bersama pemain-pemain senior United pada musim ini. Amad terlalu bagus untuk dipinjamkan. Namun Solskjaer harus memberi peluang untuk pemain-pemain seperti Amad ini untuk bermain bersama pasukan utama untuk perlawanan-perlawanan tertentu.

- Advertisement -