Alvaro teruja berlatih bersama CR7. Calon pengganti Luke Shaw?

0

Kehadiran CR7 menghadiri sesi latihan bersama pasukan United telah membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk melihat lagenda United ini kembali beraksi. Kepulangan CR7 dianggap mimpi menjadi kenyataan. CR7 telah berada di United pada ketika ini dan ia adalah betul-betul berlaku. Ia pasti akan memberikan pengalaman yang berharga kepada pemain-pemain muda United yang menyertai sesi latihan bersamanya pada minggu ini.

Di antara pemain akademik United itu adalah, Hannibal, Joe Hugill dan Alvaro Fernandez. Mereka ini dilihat berlatih bersama-sama dengan CR7 pada sesi latihan baru-baru ini. Ketiadaan pemain-pemain utama United yang menyertai pasukan kebangsaan membolehkan beberapa pemain muda bawah 23 tahun itu menyertai latihan bersama pasukan senior.

Reaksi Alvaro ketika dapat berlatih bersama CR7

Alvaro Fernandez telah muat naik mesej di laman sosial Instagramnya. Dia memberitahu yang latihan pada hari tersebut adalah sesuatu yang istimewa buat dirinya. Alvaro Fernandez merupakan pemain yang mempunyai potensi yang baik ketika bersama pasukan bawah 23 tahun United pada musim ini selepas menjarigkan 2 gol dan 1 ‘assist’. Alvaro merupakan seorang pemain pertahanan kiri. Dia menyertai United pada musim lepas selepas bersama dengan Real Madrid pada sebelum ini.

Gol Alvaro ketika menentang Chelsea

Peluang berlatih bersama CR7 ini membuatkan pemain ini mendapat semangat baru untuk persediaan perlawanan pasukan United bawah 23 tahun pada hujung minggu ini. Dia pasti akan terus mengekalkan prestasi terbaiknya pada ketika ini supaya dia sentiasa dapat berlatih bersama-sama dengan idola bagi pemain muda pada ketika ini iaitu CR7.

- Advertisement -