Alvaro Morata sampaikan mesej kepada Rashford

0

Marcus Rashford dan rakan senegaranya Jadon Sancho dan Bukayo Saka bukanlah di antara pemain yang gagal dalam menyempurnakan sepakan penalti dalam Euro 2020.

Kylian Mbappe juga gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukan Perancis.

Alvaro Morata juga tidak terkecuali dari pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Sepanyol tewas kepada Itali. Morata telah menghantar mesej personal kepada Rasford sebagai tanda sokongan.

Penyerang Juventus ini telah melabelkan Rashford akan menjadi pemain terbaik dunia pada masa depan.

Alvaro Morata sampaikan mesej kepada Rashford 2

Rashford dan Morata merupakan lawan sewaktu dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebelum Morata berhijrah ke Serie A. United juga pernah melamar Morata pada musim 2017 namun perbincangan tersebut gagal dan United beralih kepada Lukaku.

Walaupun Morata sering dikritik hebat kerana sering mempersia-siakan peluang dan keluarga pernah mendapat ugutan, namun dia merupakan pemain Sepanyol yang menjaringkan gol terbanyak dalam saingan Euro dengan 6 gol keseluruhannya.

- Advertisement -