Berita Terkini

Alvaro Fernandez ‘Ia adalah satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini’

Alvaro-Fernandez-'Ia-adalah-satu-penghormatan-untuk-memenangi-anugerah-ini-2

Bekas pemain Real Madrid, Alvaro Fernandez telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bawah 23 Tahun United. Alvaro Fernandez telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bawah 23 Tahun United itu pernah dimenangi oleh Hannibal, James Garner, Giuseppe Rossi dan Darren Fletcher.

Alvaro Fernandez telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik bersama pasukan akademik United sejak hadir 2 tahun lepas.

Alvaro Fernandez yang berusia 19 tahun tidak bermain ketika pasukan bawah 18 tahun United memenangi kejuaraan FA Youth Cup kerana fakto umur.

Ketua Pasukan Akademik United, Nick Cox telah memuji Fernandez dan mengakui yang dia merupakan calon utama untuk memenangi anugerah tersebut.

Alvaro-Fernandez-'Ia-adalah-satu-penghormatan-untuk-memenangi-anugerah-ini'

‘Kami sengaja memastikan kumpulan umur dikalangan pemain masih muda untuk pasukan bawah 23 tahun United dan ini terbukti dengan fakta bahawa Alvaro telah memenangi anugerah ini walaupun baru berusia 19 tahun pada bulan Mac.’

‘Dia secara konsisten menyahut pelbagai cabaran yang telah diletakkan dibahunya dan harus sangat berbangga dengan cara dia menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.’

Fernandez telah mencatatkan 9 ‘assist’ menerusi posisi pertahanan kiri di belakang Shola Shoretire dengan 11 ‘assists’

Kami menjangkakan Fernandez akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama United menjelang perlawanan terakhir menentang Crystal Palace nanti.

Lain-Lain Artikel