Ali Daei sanjung rekod baru Ronaldo lakukan

0

Lagenda bola sepak pasukan Iran, Ali Daei telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Cristiano Ronaldo selepas memecahkan rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa. Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 2 gol ketika Portugal mengatasi Ireland dan membolehkan jumlah gol yang dihasilkan Cristiano Ronaldo adalah 111 gol.

Jumlah tersebut membolehkan Cristiano Ronaldo memintas rekod yang telah dilakukan oleh Ali Daei dengan 109 gol yang berjaya disamakan oleh Cristiano Ronaldo ketika kejohanan Euro 2020 baru-baru ini. Ali Daei telah menghantar mesej di instagramnya, ‘Saya berharap rekod yang dia telah lakukan ini akan kekal.’

Kata-kata yng diseampaikan oleh Ali Daei

Ali Daei telah memecahkan rekod yang dipegang Ferenc Puskas pada tahun 2004 sebelum Ali Daei bersara daripada kariernya sebagai pemain bola sepak pada tahun 2006 pada jumlah gol 109. Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 111 gol dan dia masih lagi aktif bermain dan dijangka jumlah berkenaan akan bertambah.

Pencabar yang boleh dikatakan memberikan saingan kepada rekod yang dipegangn Cristiano Ronaldo pada ketika ini adalah Neymar, dengan 68 gol pada usia 29 tahun. Jika Neymar terus bermain sehingga usia 36 tahun seperti Cristiano Ronaldo lakukan, berkemungkinan Neymar berjaya memintas rekod yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo. Oleh yang demikian Cristiano ROnaldo dijangka akan terus menambah koleksi golnya untuk perlawanan-perlawnan akan datang.

Rekod semasa penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa.

Pencabarnya yang lain adalah Lionel Messi yang menjaringkan 76 gol. Namun pada usianya sekarang 34 tahun, berkemungkinan dengan keadaan semasa ini, dia tidak mampu memintas rekod yang dipegang Cristiano Ronaldo pada waktu ini.

- Advertisement -