Alex Telles tulis mesej kepada peminat United

0

Alex Telles rasa kecewa dengan kecederaan yang dialaminya ketika kariaernya bersama United.

Telles yang sepatutnya mempunyai peluang untuk bermain dalam ke semua perlawanan persahabatan pra-musim ini dengan ketiadaan Luke Shaw yang diberi cuti selepas bermain untuk pasukan England untuk kejohanan Euro 2020.

Selepas mengalami kecederaan pada buku lali dalam sesi latihan pra-musim, Telles kini berada dalam senarai pemain yang kecederaan.

Pemain Brazil ini telah menghantar mesej di Instagramnya, ‘Tidak ada perkara yang berlaku secara kebetulan, tidak ada sebarang perkara yang menjatuhkan kita, melainkan kita harus menjadi lebih matang dan dewasa. Terima kasih di atas mesej positif anda semua. Terima kasih kerana percaya saya akan kembali dengan kuat dan lebih fokus pada selepas ini. Perubahan dalam diri saya akan dinantikan, anda semua harus tunggu.’

Telles telah menerima mesej sokongan daripada rakan sepasukannya Diogo Dalot dan Bruno Fernandes. Telles hanya bermain untuk 45 minit bersama pasukan United dalam perlawanan persahabatan menentang Derby.

Solskjaer berkata, ‘Sangat tidak bernasib baik, dia terjatuh dan pergelangan buku lalinya tercedera. Dia akan tidak bersama kami untuk beberapa minggu. Kami mengharapkan kecederaan tersebut tidak terlalu serius.’

Telles dikatakan akan terlepas aksi menentang Leeds pada perlawanan pembukaan dan perlawanan Southampton dan Wolves sebelum rehat bagi perlawanan antarabangsa.

- Advertisement -