Berita Terkini

Alex Telles sampaikan mesej selepas melengkapkan penghijrahannya ke Sevilla secara pinjaman

Alex Telles Sampaikan Mesej Selepas Melengkapkan Penghijrahannya Ke Sevilla Secara Pinjaman

Alex Telles sampaikan mesej selepas melengkapkan penghijrahannya ke Sevilla secara pinjaman. De Gea, Fernandes dan rakan-rakan tidak ketinggalan memberi respon.

Perpindahan secara pinjaman Alex Telles dari Manchester United ke Sevilla disahkan minggu ini, dengan pemain pertahanan kiri itu akan bermain dengan pasukan tersebut untuk sepanjang musim 22/23.

United telah mengesahkan perkara tersebut. Telles telah muat naik mesej terima kasih kepada seluruh peminat dan rakan sepasukan Manchester United di Old Trafford.

Telles juga telah muat naik gambar momen detik kegembiraannya, yang merupakan satu-satunya gol untuk kelab dalam kemenangan ketika menentang Villarreal di Piala Juara-Juara Eropah.

Mesej Telles menarik respons daripada beberapa rakan sepasukan Manchester Unitednya, yang menghubungi di Instagram dengan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

Ini termasuk Donny van de Beek, Bruno Fernandes, David de Gea dan Brandon Williams. Alex Telles juga ada muat naik mesej di Instagram berasingan di mana dia menyatakan keterujaannya untuk memulakan karier barunya bersama Sevilla, “Ayuh mulakan! Saya merasa terhormat dengan kesempatan ini. Saya tiba dengan banyak keinginan untuk menambah dan mendapatkan hasil yang terbaik untuk Sevilla. Saya tidak sabar untuk penampilan pertama dan dapat membantu rakan sepasukan saya yang baru.”

Mesej ini juga mendapat respons daripada rakan sepasukan United dan Brazil Fred, yang menjawab: “Ayuh abang saya, terus terbang dengan tinggi”

United akan berharap Telles mempamerkan prestasi dengan baik, cukup untuk bagi meletakkan tanda harga yang sesuai untuk musim hadapan selepas kelab gagal melepaskkannya pada perpindahan musim ini.

Lain-Lain Artikel