Alex Telles dan Scott McTominay kembali menjalani latihan

0

Alex Telles dan Scott McTominay telah kembali menjalani latihan selepas terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan disebabkan kecederaan yang dialami mereka. Telles mengalami kecederaan semasa perlawanan pra-musim pertama menentang Derby County. Dia kini berada di pusat latihan United di Carrington. McTominay juga dilihat telah mula menjalani latihan ringan selepas menjalani pembedahan dipangkal peha sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

Kelibat Alex Telles

Kedua-dua permain ini terlepas daripada menyertai pasukan kebangsaan mereka masing-masing untuk menjalani sesi pemulihan dan rawatan. Kedua-dua pemain ini dijangka akan terlibat dalam perlawanan hujung minggu ini bagi perlawanan menentang Newcastle.

Kelibat McTominay

Selain itu, beberapa pemain United yang lain juga menjalani latihan seperti biasa seperti, Fred, Hannibal. Edisnon Cavani, Donny van de Beek, Mason Greenwood, Juan Mata dan lain-lain. Pemain yang baru United tandatangani iaitu Cristiano Ronaldo akan melengkapkan tempoh kuarentinnya pada hari Jumaat ini sebelum menjalani latihan bersama pasukan United.

Video sesi latihan pemain-pemain United

- Advertisement -