Berita Terkini

Alejandro Garnacho memberi penghormatan di Instagram kepada Cristiano Ronaldo

Alejandro-Garnacho-memberi-penghormatan-di-Instagram-kepada-Cristiano-Ronaldo-2

Jentera pemain muda Manchester United telah memberi hadiah kepada penyokong untuk tersenyum selepas merangkul kemenangan FA Youth Cup yang menjadi kenangan indah pada musim ini.

United meraikan kemenangan dengan bergaya selepas mencatatkan keputusan 3-1 di tempat sendiri di Old Trafford, di hadapan 67,000 penyokong, yang begitu sepi pada sebelum ini untuk melihat pasukan itu menjulang piala.

Alejandro Garnacho muncul sebagai pemain bintang pasukan itu, setelah menjaringkan lima gol sebelum perlawanan akhir manambah koleksi jaringan dua gol untuk membantu United.

Garnacho telah meraikan gaya jaringan golnya seperi lagenda United CR7 dan dia sangat gembira dengan keadaan tersebut.

Garnacho juga telah memenangi anugerah Jimmy Murphy Award 2022. Anugerah ini pernah dimenangi oleh Paul SCholes dan Ryan Giggs. Dia kini sedang mengikut jejak langkah pemain-pemain lagenda United. Satu malam yang bermakna buat Garnacho selepas mendapat anugerah sebelum perlawanan dan memenangi trofi selepas perlawanan.

Alejandro-Garnacho-memberi-penghormatan-di-Instagram-kepada-Cristiano-Ronaldo

Perjalanan masih lagi jauh buat Garnacho . Namun Garnacho kini berusia 17 tahun di mana ketika usia ini CR7 masih lagi bermain untuk pasukan Sporting Lisbon. Garnacho perlu memenangi kejuaraan Champion League,menjaringkan lebih 800 gol untuk memintas rekod pemain lagenda tersebut.

Kami menjangkakan juga Garnacho pasti akan mendapat peluang bermain dengan pasukan senior pada perlawanan akhir liga nanti. Jika benar perkara itu, impiannya bermain bersama lagenda CR7 yang merupakan idolanya akan tercapai.

Lain-Lain Artikel