Aksi Pogba baru-baru ini mendapat layanan baik dari pihak media

0

Paul Pogba dan Raphael Varane membarisi kesebelasan utama pasukan kebangsaan Perancis ketika menentang Bosnia Herzegovina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. Anthony Martial juga turut bermain sebagai pemain gantian. Perancis terpaksa berhempas-pulas sebelum menjaringkan gol penyamaan selepas Edin Dzeko menjaringkan gol pertama buat Bosnia Herzegovina.

Antoine Griezmann menjaringkan gol penyamaan Perancis selepas pemain Sevilla, Jules Kounde dilayangkan kad merah pada minit ke-51. Perancis terpaksa menerima hakikat dengan keputusan seri 1-1 walaupun itu bukanlah keputusan yang dimahukan mereka selepas kecewa tersingkir dalam kempen Euro 2020 yang lepas.

Pogba bermula dengan posisi 3 pemain tengah yang ditetapkan Didier Deschamps dan dia terpaksa bermain secara bertahan selepas Kounde dilayangkan kad merah.

Bintang tengah United ini bermain 90 minit dan berjaya mengekang dua serangan untuk membolehkan pasukan Perancis berpuas hati dengan 1 mata. Persembahan Pogba dipuji oleh media selepas menjadi antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Le Figaro melaporkan, “Selepas kempen Euro yang baik dan permulaan bersama Manchester United yang mantap, Pogba tidak pernah mengecewakan. Sangat menyerlah, dia sering menggunakan hantaran bola jauh untuk mengelirukan pertahanan Bosnia. Dia mengorak langkah untuk skuad Les Blues bermain dengan baik.”

Video hantaran luar biasa Pogba.

Media Footmecarto memberikan penilaian terhadap para pemain Perancis dan Pogba dinilai dengan 6/10, antara yang tertinggi dalam skuad Perancis. Thomas Lemar pula hanya diberikan 3/10.

The Outlet Pula menghamburkan kata pujian kepada Pogba dengan menyatakan inspirasi dan teknikal yang ada dalam diri Pogba memberikan tempo yang tinggi terhadap permainan Perancis. Dia juga merupakan pemain yand dinamik dalam pasukan.

Varane merupakn pemain yang telah mengekalkan barisan pertahanan Perancis supaya tidak dibolosi lagi selepas Kounde dibuang padang. Statistik Varane dalam perlawanan tersebut begitu baik dengan membuat 78 hantaran, memenangi 3 ‘duels’ dan membuat 5 ‘clerances’. Anthony Martial pula masuk pada minit ke-75 menggantikan Karim Benzema. Dia dilihat tidak mempunyai peluang untuk menyerang dan membuat impak kerana Perancis sedang bermain dengan 10 pemain.

- Advertisement -