Berita Terkini

Aksi padu Lisandro Martinez bantu Argentina menang berdepan Mexico

E04AE064-09B1-451E-AAA0-8BACAFDA7A40

Argentina berjaya mencatat kemenangan pertama edisi Piala Dunia kali ini. Menewaskan Mexico dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kini mereka ditangga kedua kumpulan C dibelakang Poland

Sebelum perlawanan tekanan buat Argentina untuk mendapatkan tiga mata bagi menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya. Tewas pada perlawanan pertama berdepan Arab Saudi, Argentina bermain baik meskipun dibawah tekanan tinggi

Hasil dua gol Argentina yang dijaringkan Lionel Messi dan Enzo Fernandez. Mereka berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa dibolosi.

Pemain pertahanan Man United Lisandro Martinez mengetuai  barisan belakang Argentina sangat solid dan mantap bagi mengekang serangan lawan..

Dalam aksi tersebut pemain itu memenangi 100 peratus bentesan. Dia membuat 66 sentuhan dan membuat 86% ketepatan hantaran dengan 47 hantaran yang berjaya.

Selain itu dia membuat 4 pelepasan dan memenangi tiga pertarungan darat dan udara serta membuat satu pintasan..

Dia kini membuktikan kebolehannya di pentas terbesar dunia dan membuatkan penyokong Man United gembira dengan persembahan Martinez. Selepas ini Argentina akan menentang Poland bagi penentuan untuk layak ke pusingan 16

 

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar