Berita Terkini

Ajax intai Henderson, Langkah kanan untuk mendapatkan Erik ten Hag?

Ajax-intai-Henderson,-Langkah-kanan-untuk-mendapatkan-Erik-ten-Hag

Kelab gergasi Belanda Ajax berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol no 2 Manchester United secara pinjaman pada perpindahan Januari bulan hadapan. Menurut laporan dari Manchester Evening, perbincangan telah dilakukan sejak Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus United pada sebelum ini dan pasukan Ajax mahu melihat perkembangan perbincangan tersebut.

Ajax masih menunggu sama ada Henderson akan menjadi sebahagian daripada perancangan Ralf Rangnick atau tidak. Penjaga gol berusia 24 tahun itu membuat penamplan terakhir bersama pasukan United ketika United tewas kepada West Ham dalam kejohanan Piala Carabao bulan September lepas.

Henderson pada musim ini hanya bermain sebanyak 2 kali ketika bersama pasukan bawah 23 tahun United. Selain itu, menurut laporan Men, Henderson juga terbuka untuk bermain secara pinjaman di mana-mana kelab untuk tempoh 6 atau 18 bulan akan datang. Henderson dijangka akan membuat penampilan untuk United dalam pertemuan terakhir kumpulan Piala Liga Juara-Juara Eropah menentang Young Boys.

Ajax dikatakan amat memerlukan khidmat penjaga gol pada ketika ini disebabkan, penjaga gol utama mereka pada sebelum ini Andre Onana baru kembali dari pergantungan disebabkan ujian dadah. Penjaga gol berasal dari Cameron ini akan menamatkan kontraknya pada Jun tahun hadapan dan pada musim ini dia hanya membuat 1 penampilan. Agak mengejutkan kerana belum ada tawaran kontrak baru untuknya kerana dia merupakan sebahagian pasukan Ajax yang bermain di peringkat separuh akhir pada Liga Juara-Juara Eropah pada 2019.

Manakala penjaga gol berusia 39 tahun, Maarten Stekelenburg baru pulih dari kecederaan hanya membuat 3 penampilan pada musim ini. Dengan konflik keadaan tersebut Ajax terpaksa menggunakan penjaga gol berusia 38 tahun Remko Pasveer yang berasal dari Belanda. Dia telah membuat 17 penampilan pada musim ini. Ajax telah layak untuk pusingan seterusnya bagi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini dan dijangka akan memperkuatkan posisi penjaga gol mereka untuk pusingan 16 terakhir.

Keadaan ini sebenarnya baik untuk Henderson bagi merebut semula tempat bagi posisi penjaga gol utama England untuk Piala Dunia tahun hadapan.

Lain-Lain Artikel